Lagenda Budak Setan the series GAGAL!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs178.snc4/38251_1552193729844_1385161015_1478191_1185606_n.jpg

Amik ko… aku dengan senang  hati di bulan puasa ini mengatakan Lagenda Budak Setan The Series GAGAL!  kenapa gagal? ha, nie aku nak bagitahu.. Aku bukanlah peminat Novel Budak Setan nie (Sebab masa sekolah aku lagi setan) namun aku merasa teruja nak tengok drama nie. Mungkin sebab aku nak tengok betul ke best drama nie? Betul ke cinta Kasyah dan Ayu nie cinta agung?. Namun aku sangat-sangat hampa melihat episod pertama LBS. (MARAH NIE)

Bagi aku amat sukar untuk novel yang terkenal pada tahun 90an untuk diadaptasi ke dalam visual pada tahun 2010. Kenapa? Sebab bagi aku mana ada lagi budak nakal macam tu?budak sekarang nie lebih nakal dari Kasyah nie. Kalau setakat suka menyakat bebudak sekolah, baling stink bom wey, ini zaman dulu boleh la. Bila kita lihat kejadian macam ini, rasa cam budak kecik punya jahat. Aku faham ia adaptasi dari novel, tapi tak boleh ke bersesuaian dengan zaman sekarang? Kalau aku nie peminat Novel LBS takpe la jugak,

Episod pertama juga aku sudah mula nampak kecacatan didalam pemilihan pelakon watak Ayu, apabila seseorang itu mengambarkan wanita yang bernama AYU didalam novel, sudah tentu dalam fikiran kita membayangkan seorang wanita yang cantik,putih gebu,mata yang memikat, dan ada personaliti yang mampu memikat. Tapi pelakon Ayu dalam drama ini,jauh sesangat dari apa yang aku bayangkan. Sorry la buat Nur Mislina, bukan salah awak. Salah casting kot.

Cerita cinta mee segera, itu yang boleh aku gambarkan pada episod pertama, Belum sempat aku nak tengok kesetanan Kasyah (yang tak berapa setan) dah nak introduce watak Ayu, tak boleh ke simpan untuk episod kedua? Apa yang ko nak kejar sangat? banyak episod lagi ada la.  Dan seriously aku tak nampak impak apabila Kasyah nie syok dengan Ayu, didalam pertemuan pertamanya, visual langsung tak membantu, harapkan Farid Kamil melopong tengok Ayu, itu je impak first impression? sekurang-kurangnya bagilah sesuatu yang boleh membuatkan penonton merasai cinta pandang pertama Kasyah tu.

Rata-rata peminat-peminat novel Budak Setan amat teruja dengan watak Kasyah dan Ayu dimana kisah cinta mereka ini sangat agung.  Mungkin hanya penulisnya iaitu Ahadiat Akasyah saja yang merasakan demikian, namun bukan pada pengarahnya. Aku rasa Khabir Bhatia sahaja yang sesuai direct filem mahu pun drama  cinta.

P/S  Aku menunggu Jue Aziz membawa watak ayu, mungkin ok kot.

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 1% [?]

Photobucket

3 Responses to “Lagenda Budak Setan the series GAGAL!”

  1. Fatehah A. says:

    yup setuju! cam x sesuai je mislina tu bwk watak ayu. cam kasar ngat ade gak. mungkin kene cri pelakon baru kot utk watak ayu.

    cikgu muin tu pun xsesuai
    Fatehah A.´s last blog ..Kad raya My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    tula…lari dari apa yang saya bayangkan..

  2. Jo Qusary says:

    Tak suka citer jiwang…

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD