
Akhirnya…ada juga series epic yang aku nak tengok sangat…khabarnya ia akan ditayangkan di Astro (Citra) pada bulan Jun. Melihat trailernya sahaja membuatkan aku teruja nak tengok drama ini..Korang kenal siapa Rosli Dhoby? Rosli Dhoby ini adalah perjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati, di tali gantung pada 2 Mac, 1950. Dan berapakh usianya pada ketika itu? 17 tahun!! pergh…korang bayangkan la umur muda macam ini dah berjuang. Cuba korang fikir umur 17 tahun korang berjuang apa? Mesti korang menuntut kebebasan untuk mula membuat benda bukan bukan (baru habis SPM).
Sedikit info yang boleh aku kongsikan mengenai Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.
Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”
Pada 2 MAC 1950, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.
Pergh..perjuangan orang lama lama, amat tragis sekali…terfikir juga aku di umur muda ini apa golongan remaja perjuangkan? Dan apa pula korang sumbangkan? Aku pun tengah fikir ini huhuhu… berbalik pada drama series ini aku tak dapat info sangat untuk aku ceritakan dengan lebih detail…Cuma tabik dengan drama series ini yang mempunyai kualiti yang superb bagi aku…mula-mula aku ingat filem baru..tengok tengok series…. cuma apa yang aku harapkan drama ini memberi kesan impak maksima tahap gaban buat aku, impak yang macam mana? bila aku cakap impak tu maksudnya dari segi kualiti shot,lakonan,musik etc..Nak buat filem ke, drama ke, yang penting ada “JIWA” itu yang aku belajar dulu masa study dan aku pegang sampai hari ini.
aku selitkan trailer epic ini untuk tatapan korang…enjoy….
Popularity: 45% [?]
Siapa akan dinobatkan selaku IMAM MUDA
Kemana menghilang Muzzafarsalleh?
Coach GERMAN Joachim Low pengotor!
Jawatan kosong
Drama Dottie - Nor Syuhaida
Salam…
urm…aku pn x sabar nak tengok drama ni nanti…hihi
17 tahun….zaman dulu2, 17 tahun dh boleh kahwin & beranak pinak…
tapi as u said, kawan aku dulu pernah cakap “Muhammad al-Fatih (kalau x silap) dah jd panglima perang & tawan Constantinople waktu umur 21 atau 23 tahun…kita ni umur 23 apa yg dh dicapai?”
& ingat lagi Ibnu Sina yg sudah menguasai ilmu kedoktoran di usia 16 tahun & menguasai cabang2 ilmu lain juga pada usia itu….Subhanallah. Mampu x kita untuk didik generasi kita nanti untuk sehebat begini?
PeAr Reply:
June 1st, 2009 at 3:02 pm
yea..betul tu…adakah generasi kita sehebat begini? mungkin ada….mungkin tidak..sejauh mana generasi kita boleh melakukan sesuatu yang hebat? tunggu dan lihat…anyway…tanks for the info hurul aini…
pergh, dengar preview dia, pun dah meremang bulu roma, terus bersemangat. dan lebih bersemangat lagi bila mengetahui, umo dia hanya 17 tahun. ia 17 tahun. sangat muda daripada mat rempit sekarang. bila plak giliran kita hendak berjuang
PeAr Reply:
June 1st, 2009 at 3:08 pm
meremang kan….aku ingat ini filem..kalau filem boleh laku oo…bro mungkin dulu berbeza dengan sekarang….dulu macam2 kita boleh perjuangkan..Sekarang mungkin kita berjuang mempertahankan bangsa melayu…dari dirampas oleh si sepet..
nasib rosli dobi yang sadiss huuwuuu
sdih bace warkah dia tu..huhu..
msti bes crite ni…
p/s: err..smlm ko nak tau camne adsense leh kuar dlm bahase mlyu kat blog aku?..sbnrnye kene tmbh kod baru kat kod adsense tu..tp ade org ckp,google xbg..tp ade gak yg ckp google da aprooved kn pnmbahn kod tu..aku gune pn nekad jer..klu kene banned tkut gak..klu ko nak jgak, nnti britau aku lg..
PeAr Reply:
June 1st, 2009 at 3:09 pm
nanti aku amik code dia…nekad je la….heheheh..
PeAr Reply:
June 1st, 2009 at 3:11 pm
ok..tanks bro..nanti aku amik code dia..aku pun nak nekad amik
Orang Melayu banyak berkorban…kat Tanah Melayu…cuma bangsa lain dah naik minyak…pijak kepala
PeAr Reply:
June 1st, 2009 at 3:11 pm
aku suka comment ko..simple tak itulah hakikatnya..orang nak pijak kita.
ini la dinamakan pahlawan…
hrmm..aku takde astro la plak kat umah sewa..
tak dpt la tgk…
lepas baca entry nih, mcm berminat plak nak tgk..huhu
bagus la cara penulisan ko…wat aku berminat nak tgk..huhu
PeAr Reply:
June 3rd, 2009 at 11:33 pm
tanks bro…huhu..aku pun baru nak belajar menulis..tapi cerita nie aku teruja la nak tgk..
the director: Wan Hasliza Wan Zainuddin
http://www.youtube.com/view_play_list?p=8BBF392E0F720A00
the actor: Beto Kusyairy (as Rosli Dhoby)
http://www.youtube.com/view_play_list?p=6C9B741BD6EB107D
tQ 4 t.info bro!
ajami’s last blog post..Warkah Terakhir Rosli Dhoby ~ wawancara eksklusif dengan penulis skrip, pengarah & penerbit (WAN HASLIZA) pelakon utama (BETO KUSYAIRY)
PeAr Reply:
June 8th, 2009 at 7:06 pm
huhuhu..i shud tanks u bro… big fans ur blog..
Aku sebagai anak jati sibu merasa bangga orang kampung aku atleast dpt pengiktirafan walaupun sikit. Tapi rasa sikit terkilan bila dapat tahu yang arwah masa kene jatuh hukum umur arwah tak sepatutnya kene hukum gantung sampai mati tidakkah ini satu penganiayaan? kepada sesiapa yang ada pengetahuan law boleh explain kot? walaupun perkara dah hampir 50 tahun adakah boleh diungkit tentang hal ni?
Persoalannya, di manakah tulang dan tengkorak Allahyarham Rosli Dhoby kerana menurut dokumentari tersebut, tiada dijumpai ketika pemindahan kubur…adakah beliau di hukum gantung ataupun telah di bawa ke England untuk disiksa dihukum di sana?
Boleh jadi jugak. aku as warga sibu mintak sgt2 family arwah take some action…investigate somethan’ bout’ this…
[...] p/s : Kisah Rosli Dhoby boleh anda baca di blog Muzzafar Salleh. [...]
Aku wonder, polis tu terdiri dari warga tempatan atau tak
Hasbullah Pit’s last blog post..Serangan Politik mesti tepat , tidak semestinya keras.
Sebagai anak jati Sarawak, kisah perjuangan Allahyarham Rosli Dhoby dan juga ahli-ahli Rukun 13 yang lain seperti Awg Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong telah meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati dan jiwa saya….saya akan pastikan generasi saya prihatin terhadap sejarah ini….merekalah pahlawan terbilang.
Memang diakui dorang pahlawan sarawak, tapi takkan sekadar declare pahlawan je. Arwah rosli dianiaya oleh penjajah takkan kite nak diam je? Polis mase tu ade org kite tp dorang takleh nak watpe konon kalau take action kene buang , takde keje nak sara keluarga. Pembelaan bangsa sendiri? nothing..
PeAr Reply:
June 10th, 2009 at 3:04 pm
yup it true bro…tapi kalau saya hidup time tu…memang saya memberontak habis habisan…
bro, Awg Rambli, Morshidi dan Bujang Suntong adalah rakan2 Rosli Dhoby yang turut sama di hukum gantung sampai mati.
PeAr Reply:
June 10th, 2009 at 7:06 pm
yes…baru google cari pasal dia org…terlepas laks info tu..tanks bro…
Dua tahun lepas, saya ada bertanya dengan salah seorang penulis skrip drama tv. Saya tanya samada beliau berminat untuk menerbit cerita2 perjuangan orang-orang dulu seperti Rosli Dhoby. Dia kata dia ada terfikir tapi kurang yakin. Nampaknya doa saya terkabul bila kini ada penerbit/pengarah/penulis skrip yang telah mengotakan harapan saya ini..alhamdulillah…..baru tadi saya menonton epsiode nya yg ke-3.
PeAr Reply:
June 11th, 2009 at 3:36 am
sebenarnya saya terkejut jugak cerita ini di buat series..sebab kosnya amat tinggi…tapi mungkin series ini ada budget…tu berani buat, tapi bagi saya..saya suka kisah ini di filmkan….sebab rosli dhoby berjuang semenjak umur muda lagi…sesuai untuk tontonan generasi zaman sekarang…(tak rugi menonton series nie..colour,shot,skrip wonderful)
mmg baguih la camni..lagi2 buat la video bagi chin peng tu takkan dtg malaysia..perjuangan tentang komunis haram tu..salute pada rosli dhoby..
Roslan Nazri’s last blog post..Bila Sebut Pasal Anti Virus - Mana Pilihan Anda?
aku sure kalau cite ni dorang buat filem gerenti laku seh jarang sgt producer kite wat cite camni kat filem
Umur Rosli Dhobi nie ditukar oleh pihak British spy dia dpt d’hukum bunuh. Ye lah, x kan pihak british nk lepaskan dia cm tu je kan? malulah n jatuhlah ego mereka. Umur dia sebenar 17 thn tp pihak British ckp umur dia waktu tu 19 thn. aku sebagai org srwk rs ok jgk crita nie dibuat, aku dh naik penat n bosan jwb pertanyaan org2 tertentu yg msh igt org kat Sabah n Sarawak msh tinggal atas pokok. Disamping menaikkan semangat golongan belia skrg, dpt jgk tonjolkan kemajuan n kehidupan kami di sini yg x ada bezanya dgn tempat2 lain di Malaysia nie..
areena, kata kitak ya memang benar..nya telah dikhianati oleh sidak British. Udah ya ngugut mak nya supaya mujuk Rosli mengaku bersalah, mun sik mak nya akan dibunuh..nang kotor taktik sidak British tok..
Ego org British sebagai penjajah kan tinggi. Mun sidak jz hukum Rosli Dhobi kedak ya jak, malu sidak sbb org yg ditikam oleh Rosli Dhobi ya bukan org sebarangan. Selain ya, salah satu tujuan sidak menghukum bunuh Rosli adalah mok beri pengajaran ngan penduduk srwk nok lain. Supaya sik ada nok brani mok nentang sidak British ya gik. Tapi benakah nok niat Rajah Brooke ms ya, nya mok nyerah Srwk kpd org srwk n bukan kepada pihak British sperti kedak dalam drama ya? sik fhm mek.
Spatutnya, Charles Vyner Brooke mberik kemerdekaan kt Sarawak untuk ditadbir org2 Sarawak sendiri by 1941 sbgai hadiah 100 tahun Brooke-family rule (and sbb dia x percaya dgn Anthony utk jd rajah kt Sarawak) but then attacked Sarawak (though landing in Miri) & Brooke family retreat to Australia. By the end of ww2, the Brooke family return to Sarawak & Anthony Brooke menuntut haknya utk memerintah Sarawak (either as real sovereign or just as symbolic head-figure x sure) & at the same time, British pressure Brooke family utk cede Sarawak to them. so, Charles Vyner Brooke made a meeting with Council Negri, asking for votes to determine whether Sarawak patut diserahkan kpd British or kpd Anthony. Result 17 for Anthony, 19 for British.
(taken from Sylvia, Queen Of The Headhunters: An Outrageous Englishwoman And Her Lost Kingdom)
Bangga sekali dengan perjuangan dan pengorbanan arwah Rosli Dhoby.
Harapan saya semoga ada yang akan tampil untuk menyelesaikan misteri sebenar jenazah beliau.
Al-Fatihah buat Rosli Dhoby dan rakan2.
PeAr Reply:
June 19th, 2009 at 7:33 am
Jenazahnya memang menjadi tanda tanya.ada yang mengatakan dia dibawa ke London,bagi memenuhi impian isteri Sir Duncan Stewart untuk melihat pembunuh suaminya..
betol 2..rase sedeh bile tgk citer warkah terakhir..klo la anak muda zaman skg boleh wat cam ape yg rosli dhoby wat mst malaysia aman..tp sy nak tau lbih lanjut tentang pelakon utama rosli dhoby la..beto khusairy..cam ne nak tau tentang background die???
help me who know about me..muke die sweet sgt..hihihi
sory i want know about him not me..salah tulis..hihihi
tumpang tny “im a sarawakian”, Council Negri terdiri daripada org tempatan or org luar?
salam…tumpang lalu n tumpang pinjam info RD tuh…
letak kat blog…tq…
robiatul’s last blog post..Stroke Oh Stroke…
tuan rumah, tarikh rosli dhoby mati digantung tuh salah kot? (refer para. 1)
bukan 3 MAC 1950 ke?
PeAr Reply:
June 20th, 2009 at 7:33 pm
tanks oja ada error skit tak perasan hehe..hmm tapi mengikut sumber lain tarikhnya 2 Mac 1950,sumber di petik dari Dokumentari “ROSLI DHOBY PEJUANG ATAU PEMBUNUH”
susie.. sila lawat facebook beto : http://www.facebook.com/people/Beto-Kusyairy/685198772
mena kata ktk ya.. rosli dhoby ya nang pejuang sarawak… sapa pdh nya pembunuh ya nang apalah..
astaga, terusuk jarik kamek. nak letak 2 MAC ..jadi 3 MAC pulok…
sorii… 2 MAC 1950.
aku xpmnah miss setaip episod Warkah Terakhir.. aku mmg yakin hasil Wan Hasliza (which is my fav director) akan hasilkan sbuah genre drama yg TERBAIK!! Aku setuju dgn yg lain, kalo cite nie dijadikan filem, mmg boleh jd box-office & boleh tandingi suma filem cintan cintun yg xde kat kualiti… Cite mcm nie perlu diangkat martabatnya!! Syabas buat smua krew Warkah Terakhir & pengarahnya!! Episod last mlm td, aku menangis.. really touced my heart… kalo ada DVD, aku lah org pertama akan beli!! Walopun aku org perak…tp aku suke dgr dialek org srwk…sedap didengar…..
k, harap ada pengarah lain yg boleh hasilkan cite sejarah mcm nie…drp hasilkan drama2 yg merepek xde motif & xtentu arah…
PeAr Reply:
June 29th, 2009 at 1:08 am
huhuhu.. aku sebenarnya tak berapa familiar dgn karya Wan Hasliza nie..dia wat movie apa lagi yek?ko doakan la aku jadi pengarah hebat camtu…nescaya tak kecewa nya huhu
btl2……
knk kta xmk nuntut blt kematian rosli…sbb umo nya gk kecik time ya….yyyy??????????
knk biak knk tok xbrani memperjuangkan bangsa nya pun,,…
malah di perlekeh nya bngsa drk pun…
thinkz positif young man n gurlz……….
ixora i mmg origin swk but now keje kat perak minat nak blaja ckp swk ehh?? no hal kiteorg boleh ajar…hehehe…pear kalau ade release cd or dvd let me know - 0194623204
PeAr Reply:
June 30th, 2009 at 12:02 pm
release cd or dvd lambat lagi kot..tapi kat internet dah ada dah link untuk download.. untuk beberapa series…
ixora actually start dari episod 6 lagi cite ni dah wat air mata i kua…sedeh dow cite ni..congrats wan haliza n all actors n crewz korang berjaye menjiwai watak masing…
p/s i sekampung la dgn sherie merlis..salu lepak dengan adik die rizal..hehehe
areena says:
June 18, 2009 at 8:19 pm
tumpang tny “im a sarawakian”, Council Negri terdiri daripada org tempatan or org luar?
kalau ikut cite my uncle (die ade mase kat tpt kejadian) council tu ade org melayu tapi u knoe la kan minority susah lagikpun nak betah sikit mula act mcm2 senang cite dorang tersepit…
owgsarawak says:
June 28, 2009 at 1:35 am
btl2……
knk kta xmk nuntut blt kematian rosli…sbb umo nya gk kecik time ya….yyyy??????????
knk biak knk tok xbrani memperjuangkan bangsa nya pun,,…
malah di perlekeh nya bngsa drk pun…
thinkz positif young man n gurlz……….
bkn sidak cmok nuntut bela tapi sekda yg berani nak nuntut bela. bayangkan jak lepas sidak 4 arwah kenak hukum gantung rukun 13 n so on terus sik berani. Aku kecewa juak mun nak mikey..tapi aku fhm juak keadaan masa ya..
tapi aku nang hrp mena sidak yang malat arwah rosli ya dibalas dgn lebih teruk siksaan
areena: sewaktu penubuhan (1867), ahli-ahli Council Negri terdiri daripada 5 pegawai berbangsa Inggeris and 16 local chiefs of various races.
Among attendees during 1st meeting includes:
-James B. Crookshank
-William H. Rodway
-Alfred R. Gouhton
-Thomas S.C. Chapman
-James H. Nelson
Locals:
-Pengiran Matusin (Datuk Bandar)
-Pengiran Matahir
-Pengiran Abu Bakar
-Abang Matassan
-Tuan Khatib
-Awang Dulla
-Mani
-Abang Ain
-Abang Tek
-Abang Apong
-Abang Leman
-Abang Man
-Abang Galau
-Abang Ali
-Abang Usup
im a sarawakian , siney kitak dpt info tok? share-share juak lah dgn kmk..because some of the name display ada susur galur keturunan Abg Gudam..
u all can check history..ada beza perjuangan org sibo dgn ada place..siapa yg bersekongkol dgn british so called bangsa ‘abang’.(not all yg menjadi tali barut british cth: mat rimo) …making decision on behave of people of sarawak..and even some dapat ‘ganjaran’ dan dibeli oleh british…kemasukan pdtg beramai ke swak disokong oleh ‘abang’2 ni…look at sibu now…
sidaknya bukan tali-barut British, tapi adalah golongan yang telah di lantik oleh Sultan Brunei untuk memerintah satu-satu kawasan masa ya..bila James Brooke melebarkan tanah jajahannya, sidak nya turut menentang bersama-sama dengan orang Iban masa ya..
Datu Patinggi Ali
Datu Patinggi Imam Abd Ghafor
Sharif Sahab
Sharif Mashor
Rentap (Libau)
Linggir (Mali Lebu)
Abang Apong
Abang Tek
Abang Gambong
Datu Patinggi Abg Hj Abdillah
Rosli Dhoby
Morshidi Sidek
Awang Rambli
Bujang Suntong
semuanya mempunyai tujuan yang sama..menentang penjajahan….
sy seorang pelajar.pd pandangan sy la kan.cerita2 yg sebegini perlu banyak ditayangkan.ia mempercepatkan pembelajaran sy jugak.x thn sy tengok cerita ni.begitu menyayat hati.selalu menangis bila tengok cerita ni.
Aku baru je habis tonton citer Warkah Terakhir minggu lepas melalui siaran astro Prima. Sbg seorg rakyat Swk yang lahir kat Sibu n menetap kat Sarikei, teruja dengan kisah perjuangan Rosli Dhoby n Rukun 13. Mmg x miss citer nie walau seminit. Harap2 dpt tayang semula.
aku dh dgr tntg pmbnhn thdp rosli dhoby dan aku ada dgr ya rangka rosli tidak d jumpai dan kmngknn besa b bawa ke british dan di bunuh d sana…knp tak ada org ya nak cuba mencari tahu di mana sbnya rosli dhoby di bunuh..ataupun sbaliknya..sesuatu yg tidak dijangka2 mgkn blaku iaitu rosli dhoby tdk d bunuh ttp d pnjr kan sampai mati di british..kalau boleh suara kan kepada rakyat british ya dulu pun apa salahnya..kt mst tahu kbnran nya..rosli dhoby pejuang negara..kt mst ambik tahu..apa2 pun al-fatihah..