Oldtown White Coffee TAK HALAL?

whitemeal-copy

Halal atau haram, merupakan sesuatu yang amat dititikberatkan oleh umat islam, dan apa yang korang tahu apa itu makanan halal atau haram?. Bila kita fikir-fikirkan balik, jika kita pergi makan di gerai-gerai yang kita agak was -was pasti kita melihat logo halalnya yang disahkan oleh pihak Jakim. Namun jika ke kopitiam-kopitam yang ramai melayu sudah pasti dalam kotak fikiran kita berfikir makanan di situ halal.

Baru-baru ini kecoh ada pihak yang mengatakan OLD TOWN White Coffee TIDAK HALAL. aku mula resah sebab aku selalu juga minum dan makan disana. aku cuba google mengenai isu ini.ternyata ada posting dari sebuah blog yang diberi nama Mixterr.Com yang menerangkan panjang lebar mengenai isu ini dan isu ini telah ditulis pada tahun lepas. Aku tidak berpuas hati lagi,aku cuba pula check di Laman web Halal.Gov, ternyata maklum balas yang diterima,

Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffee & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC/JAKIM, Jab Agama Islam Negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.

-Maklum balas ini diterima pada tahun 2008-


Ok aku rasa air yang aku minum selamat,macam mana pula dengan makanannya? aku cuba pula ke laman web JAIP, tapi sayang…masih belum mendapat maklum balas. Aku serius ragu-ragu,adakah ia halal atau tidak? Sekiranya tidak, mengapa kopitiam ini berleluasa? bayangkan OLD TOWN WHITE COFFEE ini telah mempunyai merata -rata cawangan terutama di KL. Adakah ini bermakna umat islam selama ini memakan makanan tidak halal? tindakkan perlu diambil oleh Jakim sekiranya kopitiam ini tidak halal.

Ini merupakan sindiran kawan aku,

“orang melayu kalau pergi luar negara tahu pula nak cari kedai yang halal,sedangkan negara sendiri banyak kedai yang tak halal korang makan”.


Betul juga sindiran kawan aku nie,aku harap isu ini dapat diselesaikan segera, dan jika tiada apa -apa juga tindakan dari pihak berwajib,kita boikot je kopitiam seperti ini.

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 3% [?]

Photobucket

18 Responses to “Oldtown White Coffee TAK HALAL?”

  1. joegrimjow says:

    lebih baik jauhkan benda yg syubhah semua ni

    PeAr Reply:

    yup betul…elok kita jauhkan…kalau boleh boikot jea

  2. zaryl says:

    elemek. nasib baik aku lepak minum air root beer je.. tp aku pun slalu gak lepak sana.. aiyo
    zaryl´s last blog ..Lepak Oldtown White Coffee My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    bawak la root beer tu gie minum kat oldtown..lepak untuk wireless free..hehe

  3. x-po says:

    aku kalau gi mana2 nk mkn, kalau nmpk je kedai tu cam ala2 cina skit, mmg xkn gi pun..

  4. Suby says:

    Jom boikot bro…

  5. PutraMalaya says:

    BOIKOT sudeh…warung kopi melayu lagi asli kot..wooot3
    PutraMalaya´s last blog ..Bila Lelaki Bergosip My ComLuv Profile

  6. Suby says:

    Saya tertarik dengan isu ini,kita sepatutnya boikot je oldtown nie…ramai org melayu kena tipu…tahniah diatas keprihatinan saudara

  7. nazri says:

    boilkot2…..oldtown ibarat yahudi.so;renung2kn lah yea..!!!!!

    PeAr Reply:

    saya harap..semua orang boikot!!

  8. johan says:

    salam, saya ada pendapat.. saya pernah ada pengalaman bekerja di old town white coffee selama 3 bulan. masa habis matric dulu. that was in 2006. k. based on my experience. kalau roti makan kat sana. halal. tapi one thing that im suspicious is ayam yang digunakan. seperti ayam yang digunakan untuk nasi dan mee kari nya. coz ada lori old town hantar each week . and taktau disembelih halal or tak.. ayam dia la. .agak meragukan samada dari sumber sembelihan halal or tak.the company ,company cina.so faham2 la..do they care.if cina muslim maybe.if tak??

  9. arby says:

    Sgt xfaham dgn sikap org kita, mudah sgt percaya dgn status halal yg non-muslim pamirkan sedangkan dah byk penyelewengan telah terbukti. Knp nak gi ke kedai non-muslim, sedangkan byk lagi kedai org islam? Disamping 100% HALAL, kita juga dpt membantu EKONOMI saudara kita………fikir2kan lah…….
    p/s: Malah ramai juga dgn bangga mencanang kejahilan diri dgn buat promosi utk kedai2 non-muslim…….astagfirullah

  10. Khairul Izhar says:

    bro…kalau da ragu2 tu totally kena jauhkan… sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu pun jelas. oleh itu apabila ada keraguan, jika dilakukan juga boleh jatuh pada haram..

    makan yang HALAL bukan sahaja tiada elemen khinzir dan arak. tapi proses penyediaannya juga perlu diambil kira. maksudnya sumber makan diperolehi,adakah disembelih mengikut syarak, peralatan memasak yang digunakan tidak dicampur aduk penggunaan dengan makanan yang haram, peti sejuk yang diasingkan dengan makanan yang haram, dapur yang diasingkan (syarat2 ini yang perlu diikuti oleh hotel2 yang ingin mendapatkan pensijilan HALAL JAKIM). HALLALAN TOYYIBAH

  11. nasib baik selama ni makan roti dan coffee je. Mama saya yang ingatkan alhamdulillah masih jaga semua tu….

  12. Oldtown White Coffee TAK HALAL? | Muzzafarsalleh(dot)com…

    [...]whitemeal-copy Halal atau haram, merupakan sesuatu yang amat dititikberatkan oleh umat islam, dan apa yang … zaryl says: March 2, 2010 at 2:23 pm. elemek. nasib baik aku lepak …[...]…

  13. rm oldtown white coffee says:

    mana korang tau kalau hanya dgr khabar angin korang leh g outlet2 oldtown dan berjumpa dgn area manager dia untuk penerangan mengenai halal n haram benda ni

  14. rm oldtown white coffee says:

    mengenai daging ayam salai korang g tgk kilang pemprosesannya di chepor perak jenama ayamadu

  15. Modern Jubah says:

    Modern Jubah…

    [...]Oldtown White Coffee TAK HALAL? | Muzzafarsalleh(dot)com[...]…

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD