Siapa akan dinobatkan selaku IMAM MUDA

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs102.ash2/38449_1497922963609_1100178265_31424985_5161272_n.jpg

Diam tak diam, program imam muda yang ditayangkan di Channel OASIS sudah sampai kemuncaknya, besok merupakan finale bagi kedua kedua Imam Muda  Hizbur dan Imam Muda Ashraf berentap untuk dinobatkan selaku pemenang Imam Muda Musim pertama. Rata - rata rakyat Malaysia tidak sabar untuk menyaksikan program yang bagi pendapat aku penuh dengan ilmiah dan islamik.

Seharusnya kita perlu berbangga, kerana belum lagi ada mana-mana program realiti seumpama ini di Malaysia mahupun DUNIA! ia bukanlah copycat seperti AF, MALAYSIAN IDOLS, MENTOR dan beberapa lagi program realiti yang  diciplak dari luar negara dan yang paling menyedihkan program-program ini lebih menjurus  kepada  hiburan semata mata.

Dan lebih membanggakan lagi,program Imam Muda ini nampaknya mendapat perhatian dunia, apabila CNN  memberikan liputan terhadap program ini, klik sini! . Alhamdullilah, sekurang kurangnya dunia mengetahui kewujudan Malaysia, dan mampu bersaing menghasilkan program program yang menarik.

Diharapkan selepas ini ada pula Imam Muda Musim -2, dan lebih ramai lagi anak anak muda ingin menyertainya, Aku percaya, sekiranya lebih banyak program sebegini, maka mungkin isu-isu remaja ini dapat dikurangkan. Dan tolonglah hentikan program realiti yang tidak memberi faedah kepada anak, cucu aku.

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 4% [?]

One Response to “Siapa akan dinobatkan selaku IMAM MUDA”

  1. thanks for keeping me up to date on this subject.

    Sent from my iPad 4G

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD