
Korang penah tengok program realiti ini? aku masih lagi belum berpeluang menonton program ini kerana aku sendiri tidak tahu kewujudan program realiti ini. Ternyata RTM sekali lagi gagal bab-bab promosi(apa nak jadi tah). Melihat pada isipati programnya, ia seperti sebuah program yang mampu menarik perhatian aku. Meletakkan objektif untuk membentuk kerjaya generasi muda sebagai wartawan, penyampai berita dan pengacara yang mahir serta serba boleh.Wah macam bagus hebat bunyinya.
Sebenarnya program realiti ini telah pun bermula bersiaran di TV2 pada 22 Ogos lalu, seramai 17 finalis terpilih untuk meneruskan cabaran dalam merebut kejuaraan di samping jaminan kerjaya bersama RTM.Memang hebat program realiti ini, tak payah nak tunggu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (SPA) untuk kerja kerajaan. Terus dapat jadi staff di RTM. Tetapi persoalan aku,a dakah mereka-mereka ini mampu mengalas cabaran yang diberikan? dan mampukah mereka ini berfikir di luar kotak ? Harapan aku begitulah.Ini kerana kesemua mereka ini memegang tanggungjawap besar, dimana mereka ini bukan sahaja diletakkan selalu penyampai yang berkebolehan, namun mereka merupakan IKON bagi generasi muda.

Menurut Yusanani yang juga bekas pembaca berita, juri-juri yang terlibat dalam pengadilan Penyampai Ikon akan diumumkan kemudian tetapi ia bakal dianggotai kalangan wartawan tersohor, ahli akademik dan pengarah serta pelakon popular.
Jelasnya, tugasan yang menanti setiap finalis cukup mencabar dengan meletakkan mereka ke dunia realiti sebenar bidang penyiaran.
“Mereka akan ditugaskan untuk mencari berita, menulis berita dan menilai kesesuaian visual dengan skrip.
“Pendek kata, apabila berakhir sahaja program ini, setiap mereka yang berada di dalam Penyampai Ikon sudah pun bersedia dan tahu apa yang harus dilakukan andai berpeluang menceburi bidang penyiaran,” katanya.
P/S Siapakah agaknya yang memang?
Popularity: 17% [?]
Siapa akan dinobatkan selaku IMAM MUDA
Kemana menghilang Muzzafarsalleh?
Coach GERMAN Joachim Low pengotor!
Jawatan kosong
Drama Dottie - Nor Syuhaida
dah lama tahu pasal benda nie
tapi x penah tgk pon
huhuhuhu
matju2509´s last blog ..Shoutmix VS Cbox
depa kena banyak belajar lagi berkenaan dunia penyiaran… masih terkulat-kulat dan terkial kial sana sini…
rancangan ni rasa bukan tv realiti sebab pemilihan tak berkaitan dgn sms.
ryann´s last blog ..rAi Sesudah raMAdan
PeAr Reply:
October 5th, 2009 at 7:44 pm
hmm, nie program tv realiti..tv realiti show,tak semestinya sms..
sape yg debab tu?
boleh jadi ikon kedai makan,hahaha
blowie´s last blog ..10 Kakitangan Sekolah Yang Korang Wajib Ngam!
aku baru tau ni huhu.. da lame xtgk rtm huhu
PeAr Reply:
October 8th, 2009 at 8:50 pm
hohoho…hampeh la ko nie…cuba cuba la tukar channel tu hahah
ehm..agk memborinkan..even kakak aku sndri antara pesrta pnympai ikon tp aku sndri pun jrg tgk..huhu….
PeAr Reply:
October 12th, 2009 at 7:06 pm
ohh..kakak.. u masuk yea..sapa nama? meh sini nak mengorat hehhe..baru editing dengan dia orang hari tu..
mmmm… Sapa yg menulis dia atas tu? Bagus yer… bagus untuk bebudak yg tak skolah! kalau nak komen pun, biar la rajin nonton atau baca paper. Saya yg x skolah dan hari hari kat laut pun tahu pasal ni. KALAU U NAK TAHU (DAH KALAU BODOH SANGAT) JAWATAN YG DI TAWAR KAN NI MEMERLUKAN sesuatu dalam diri yg tak di ada di interview biasa atau takpayah pegi Suruhan jaya perkhidmatan Awam la ngok! Bila Org malaysia nak maju kalau benda baik macam ni pun nak komen. Aku ingat si Ngok ni patut pegi ujibakat kat akademi al Quran… biar paham sikit
PeAr Reply:
October 14th, 2009 at 8:55 pm
hohoho..aku tak faham komen ko nie? ko marah sapa nie? kalau di tanya sapa yang menulis posting tu,tentunya aku..kalau ditanya pasal komen.tak ada la pulak pasal apa yang di gembar gemburkan…kalau ngok tu ditujukan pada aku,aku tak faham part mana yang aku ngok…? hahaha..
campak buang ke laut comment pelaut tu..kan senang hehe….
alesyaHana´s last blog ..Kiroro Mirai E lyrics
sepatutnya, dengan adanya program ini, support harus diberikan dan bukan kritikan negatif semata2..
pujian juga harus diberikan kepada pencetusnya kerana program ini diadakan oleh stesen kerajaan yg tidak memntingkan ”rating” sebagai faedah utama.
apa yang penting, pencetusnya mungkin ingin menonjolkan kepada orang ramai tentang karier sebagai wartawan dan penyampai serta peranannya terhadap pembangunan negara.
di samping itu,, bagi saya program ini bukanlah program hiburan, tetapi ia adalah program yang berbentuk ilmiah..
tepuk dada, tny selera…judge d right way..think positive..
PeAr Reply:
October 22nd, 2009 at 12:28 am
Rating itu penting untuk sesebuah stesen, tidak kira kerajaan mahupun swasta.tak guna juga kalau rating tak mendapat sambutan,maka ilmiah yang cuba disampaikan tidak kesampaian. Kritikan itu penting supaya dapat memperbaiki lagi bentuk program.Anyway nice comment tanks
Program yang membazir duit Rakyat… Ini orang kata producer yang syok sendiri… Yusanani maybe seorang penyampai yang baik tapi producer yang paling teruk dalam sejarah RTM… Macam mana nak hasilkan satu program yang baik kalau pre-production pun x smpai sebulan… semalam mimpi bangun terus nak buat… tah tah pre-production dia x tau apa… yang paling best mcm manalah orang atasan bole luluskan budget program nie… SPRM sila amik tindakan
PeAr Reply:
November 9th, 2009 at 12:41 pm
hohoho…sampai nak bawak ke sprm tu..mari kita semak tengok sapa yang kena..
Assalamualaikum,salam 1 Malaysia semua.
Saya ni seorang Jurukamera RTM. Utk pengetahuan anda semua, semua peserta penyampai ikon tu diambil yg mana berlatarbelakangkan memang tak pernah2 buat kerja dlm penyiaran, terutamanya penyampai.Saya dah lama bertugas jd jurukamera untuk Berita Wilayah dan Nasional @1, dan semua pemberita memang akan terkulat2 walaupun mereka dah lama dlm bidang ni.Nak tau kenapa?Sebabnya mereka kena hafal skrip standupper tu.Agak2 anda boleh ke hafal skrip mcm tu dlm hanya 5 minit?Sebab tu la anda lihat mereka mcm tak hafal2 skrip tu.Skrip tu pun mereka terpaksa buat sendir tau.Bukan senang nak jd wartawan.Kalau buat secara live, mereka ada skrin skrip kat depan kamera mereka.Tu pun kekadang ada tegelincir jugak.Apa lagi la dgn mereka2 wartawan dan penyampai ikon tu.Nak kena Hafal woo.
Anda beruntung sebab anda berpeluang melihat rakaman bagaimana mereka standupper.Biasanya jika wartawan sebenar,bila mereka buat silap atau terlupa skrip ketika jurukamera merakam,mereka akan buat lagi,lagi,dan lagi sampai perfect.Kita tengok memang senang mcm makan ayam kentaki tu,sebab kita tak rasa azabnya.Org yg berkonfiden tertinggi di duania pun,kalau dah depan kamera,gugup woo.
Saya amat bangga dgn peserta penyampai sebab mereka mampu,mampu,dan boleh hafal skrip yg panjang lebar.Tu dlm bahasa melayu.kalau dlm english,utk berita english?amacam.
Pada yang gtau RTM ni tak cukup buat publisiti,promosi sampai dia langsung taktau benda ni,saya rasa dan saya yakin sgt2,dia tu memang dan sememangnya tak penah baca news paper,tengok TV1&2,dengar radio.Kat newspaper pun saya tengok byk iklan penyampai ikon ni,yang dari mula mencari utk audition dulu dah promosi.Takkan nak promosi kat TV3 pulak,kat astro ria pulak kan.RTM ni penyiaran kerajaan,bukan swasta.So rajin2la baca news,tengok news TV.Dan, yang pastinya dan Semestinya, apa yang disiarkan di TV1/TV2/Radio RTM xkan ada yang bertentangan dari berita yang benar sebenarnya.
Salam 1 Malaysia.
PeAr Reply:
November 12th, 2009 at 10:39 am
Wsalam…
jurukamera rtm yek? setahu saya tiada jurukamera yang khusus untuk sesuatu warta berita..kerana jurukamera menjalankan tugas dengan job no yang diberikan..Betul tak?
Berkenaan dengan promosi..saya tidak berapa setuju dengan pendapat saudara..kerana rancangan IKON memang tiada promosi….lihat sahaja di luar angkasapuri..adakah saudara nampak poster peserta IKON? tiada bukan? Promosi perlu dipertingkatkan lagi jika ingin menaikkan rating program…Pelbagai lagi saluran media boleh digunakan untuk tujuan promosi..Contohnya BLOG MUZZAFARSALLEH.COM…lalalalala…trimas…