Berkhidmat untuk rakyat di Manik Urai

ontario-general-election

Posting pertama dalam blog Muzzafarsalleh.com berunsur politik hohohoh.. Aku ingin memaklumkan yang aku baru menjejakkan kaki di Tanah Merah Kota Bharu KelantaN. Dengan menaiki keretapi KTM selama 13 jam (korang mampu?) memang memenatkan tetapi pengalaman yang menyeronokkan. sepanjang perjalanan sambil menghisap rokok di tengah tengah gerabak aku memandang ke arah luar, sungguh indah bumi Malaysia nie..Dah lama tak menghirup udara segar sebegini. Sayangnya aku tiada kampung..sungguh beruntung betul yang ada kampung untuk lari dari kesibukkan kota.

Berbalik kepada tajuk asal,aku ditugaskan di Kelantan bagi menyempurnakan tugas aku di sini sempena pilihanraya Kecil Dun Manik Urai.  Aku akan ada disini selama 13 hari,dan mungkin aku akan jarang-jarang blogwalking dan wat posting baru.tapi korang jangan lupa lawat blog aku yek.. Korang minat politik tak? hmm bagi aku, politik bukanlah sesuatu yang aku minat.. Tetapi politik perlu ada bagi menyelaraskan sesebuah kerajaan. Aku seriously bukanlah seseorang yang pandai nak berbicara mengenai politik.. sebab bagi aku politik memerlukan strategi dan kepakaran,ibarat menyusun buah catur satu persatu,agar mencapai misi untuk checkmate.Dan untuk menang,ramai laskar laskar yang harus dikorbankan dan menjadi boneka boneka didalam  perjuangan.Aku masih teringat lagi satu cerita yang aku baca di blog seseorang, aku tak ingat url blognya, aku ceritakan sedikit apa yang aku ingat:
Dalam keluarga saya ada tujuh orang yang layak mengundi. Termasuk saya, isteri, tiga anak dewasa dan dua orang menantu”. Katanya memulakan cerita.

Menurutnya, dia tidak pernah berbincang soal politik dengan isteri dan anak-anak, walaupun ramai orang-orang politik datang ke rumah. “Saya memberi anak-anak dan menantu kebebasan kerana mereka berpendidikan dan boleh menilai sendiri” Tetapi pada pilihanraya Mac tahun 2008 lalu, sebaik sahaja balik daripada pondok mengundi, tergerak hati saya bertanya kepada mereka.

Pangkah apa tadi?”

“Kami pangkah PAS papa” kata mereka berlima seperti berpakat menjawab serentak. Mulanya saya tergamam tetapi sebagai orang lama dalam politik saya tenangkan diri dan tanya mereka.“Kenapa tak pangkah BN. Papa kan pemimpin UMNO?”

Anak kedua saya menjawab “Selama ini papa tak pernah tanya, dan kami tak pernah cakap. Saya dah berumur 25 tahun. Sejak ingatan saya, papa selalu beri duit kepada orang-orang UMNO. Bantu orang-orang yang sama. Baru sekejap tadi dekat Pusat Mengundi, papa juga beri duit kepada mereka. Tetapi nasib mereka masih juga seperti itu. Nasib mereka tidak berubah papa. Jika parti UMNO yang papa sokong itu bantu orang Melayu kenapa orang Melayu masih miskin sampai sekarang?”.
Korang dapat tak kesimpulannya? cuba korang komen skit…
sumbangan-beras3-copy




Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 2% [?]

15 Responses to “Berkhidmat untuk rakyat di Manik Urai”

  1. zelo55 says:

    ak sokong pembangkang…
    bukan kerajaan…
    n aku suke jalan cerita nih…
    heeee..

    zelo55’s last blog post..Convert Sebarang Movie Ke DVD Format. Lengkap Dan Mudah!

    PeAr Reply:

    huhuhu…tak kisah bro…janji negar nie aman…hehe..

  2. Iqone_Dinie says:

    erm…sal politik erk…bagusla tuh…sesibuk mane pon kite politik kite x lah nak lupekan kerana dari politik lah terbentuk kerajaan..dan kerajaan tu la yg memimpin kite semua rakyat..tapi jalan cite ko nie memang best ar pear..aku pon suke…HIDUP ???…….hehehe

    Iqone_Dinie’s last blog post..Waspada Virus Micheal Jackson.

    PeAr Reply:

    best ke huhu..trimas…motivasi dari ko pun best…aku selalu baca

  3. shacz says:

    aku tak penah mengundi, ..cita2 aku nak mengundi dlm pilihanraya akan dtg.. sekian terima kasih.

    shacz’s last blog post..Ketika Cinta Bertasbih

    PeAr Reply:

    perghhh..samo dengan la sha…hahha

  4. selamat bertugas ok!

  5. PutraMalaya says:

    aku tak cukop umor lg la bro..hahahaha

    jln citer kau mmg rock la..waakakakaak

    RASUAH FITNAH BERMAHARAJALELA

    MELAYU (takkan) HILANG DI DUNIA..hahaah

    PutraMalaya’s last blog post..Tips Pikat Wanita

    PeAr Reply:

    yehaa..takkan melayu hilang di dunia…tul tu…aku sokong…

  6. AzwanAnuar says:

    politik ni mengarut bagi aku.
    tapi memang betul kata ko. kita memerlukan politik untuk membentuk sebuah negara/kerajaan yang akan menjalankan tugas mentadbir negara ini.

    aku suka dan tabik la perjuangan orang UMNO dulu2. sanggup berhabissn demi membela orang melayu dan bermati matian mempertahankan tanah melayu.

    adakah pemimpin sekrang seperti itu?
    mereka akan mempertahankan dan bermati matian mempertahankan periuk nasi mereka je. menyalurkan dana dan bantuan kepada mereka yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka balik. betul tak?

    aku bukan anti kerajaan dan bukan pro pembangkang. tapi aku tak suka cara pemimpin dan orang politik sekrang ni.

    AzwanAnuar’s last blog post..Wabak Influenza A (H1N1)

    PeAr Reply:

    yup..tul jugak tu..masing-masing ada pendapat berbeza..macam aku persoalkan dalam cerita aku tulis tu…dalam cerita tu.aku berpendapat,sebenarnya orang melayu yang tak nak maju..asyik perlukan bantuan…perlukan skm itu skim ini…tak dapat merungut..sampai bila nak maju?

  7. loq says:

    aku memang tunggu PAS memerintah Malaysia satu hari nanti
    mungkin zaman aku nanti

    loq’s last blog post..Shoutawards 2009 di 8TV

  8. Bro_mie says:

    Bantuan tu perlu, untuk terus maju……tapi kalo dibuat punca pendapatan…….malang la nasib, sampai bila pun melayu x maju

  9. johnjimat says:

    aku dulu sokong Anwar tp oleh kerana die cube membawa Chin Peng blk Malaysia, aku benci die sgt. ape nk jd la. ape2 pun aku sokong perjuangan pas, dan aku sgt mahu pas memerintah negara supaya hukum hudud dpt dijalankan. ini yang patut sbnrnyer untuk menyelamatkan org Islam Malaysia daripada terus bergelumang maksiat. Orang bukan Islam tidak patut membangkang Hukum Hudud ni sbb hukum ni dikenakan terhadap org Islam shj kan. betulkan saya kalau tersilap..

  10. Logam says:

    Aku x prnh mengundi pun sbb aku tkt jarum :P Smpt lg ngko mengarut even tgh sibuk jd spy BN kat saner, huhuhuhuhuhuh… Pear, aper kater lps nie ngko edit brita tu bg tnjk yg jht jer psl BN, aku dah bosan brita RTM, asyik pembangkang jer yg x btl. BIAS, dosa tu bro… maner ader manusia maksum slain SAW. Lg 1 aku x suker ngundi sbb, ntah, aku rasa psl parti nie agama jd tunggang langgang, kalau pi kat kg2 bole tgk kalau kenduri tuan umah tu org bn geng2 pembangkang sure x pi. Kalau tuan umah org pembangkang, geng2 BN lak x pi. Masjid sampai 2 imam tu dah mcm citer basi, rasa dah berlambak kot kat M’sia nie. Psl parti pun agama dah bertambah mahzab, aper ker bodo ler org Melayu nie.

    Logam’s last blog post..Be My Referral Contest

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.