
Kebelakangan ini,aku sering menonton filem 2012,filem propaganda Hollywood untuk aku mempercayai bahawa 2012 akan kiamat!. Setiap kali aku menonton aku sering berfikir, betulkah ia akan terjadi? Hari kiamat itu memang akan tiba, kita mempercayai hari kiamat adalah rukun iman kita. Kita semua memang mengakui tanda-tandanya.Tetapi untuk meramal tarikh dan ketika, hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahuinya.
Kita jangan lupa orang barat dah kaya berjuta-juta, berbilion2 dolar jual filem kepada masyarakat dunia. Lepas tu salur untuk tindas orang Islam hina bangsa lain di dunia. Dengar cerita, kononnya filem 2012 ni laku tahun lepas. Mungkin orang tengok wayang dan beli sebab nak membayangi bagaimana kejadian hari kiamat seperti yang didakwa. Sedikit sebanyak aku terpengaruh. Aku berfikir lagi, kuasa Hollywood ini mampu menguasai otak fikiran aku? Oh…kenapa aku perlu terpengaruh dengan benda-benda begini. adakah minda aku kena jajah?
Namun aku mempercayai, sekuat mana kata kata suku kaum Maya,Nostradamus,Haido Itakawa dan NASA aku tetap mmpercayai Allah SWT lah yang mengetahui tentan kiamat, tak seorang pun yang dapat mengetahui bila kiamat akan tiba.
Popularity: 1% [?]
