Berpindah rumah adalah satu perkara yang memenatkan, seumur hidup aku,aku tidak penah berpindah. Memang aku tak nafikan aku anak emak. Aku tak pernah berjauhan dengan parents aku. Cukuplah kakak aku sahaja yang kehulu hilir duduk asrama masa dia belajar dulu. Aku setia menemani ibuku hohoho.
Baru- baru ini aku telah membuat keputusan dengan tunang aku untuk cari rumah sewa, aku tak nafikan proses mencari rumah sewa memang memenatkan. Dah dua tiga tempat kami pergi, dan akhirnya dapat sebuah apartment yang ok la. Bagi aku asal besar bilik ok la. Itu penting!. Tunang aku pulak tengok kitchen rumah orang tu ada kitchen kabinet yang cantik terus setuju.Alhamdulillah, aku harap dia kerap ke dapur untuk masak yang sedap-sedap untuk aku satu hari nanti,bukan sekadar kitchen saja lawa hehe.
Setelah selesai memilih rumah,perkara yang paling aku tak suka adalah bab-bab mengemas barang,ades..sungguh penat mengemas. Sampai sakit-sakit badan rasanya. Tapi itulah sebenarnya keseronokkannya. Aku dan tunang aku cukup excited dengan rumah baru kami. Tak sabar rasanya nak berpindah kat sana dan mulakan hidup baru.Tapi,kena la tunggu bulan 12 nie, baru boleh duduk sama sama lol…Korang nak tahu kenapa aku excited,aku excited sebab itulah first time aku akan duduk dirumah aku sendiri (walaupun rumah sewa), first time aku ada bilik khas untuk aku melepak dan membuat kerja. Aku dah fikir nak buat design macam mana,nak letak apa, semualah aku dah fikir. Nanti dah siap,aku akan postkan ke blog aku.
Hohohoho…mukadimah aku agak panjang,saja nak bagi korang teruja baca sikit..anyway ini tips yang aku copy paste dan berguna bagi korang yang nak berpindah.
- Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi
mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan di
dalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.
- Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang
di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika
diangkat.
- Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan
daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak.
- Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta
bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.
- Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika
merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak
daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang
memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan
yang dirasakan perlu untuk di kediaman baru.
2. Asingkan barangan
- Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti
barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.
- Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian
untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.
- Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti
perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika
dilakukan orang lain.
- Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu
barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik
tidur.
3. Keselamatan perabot
- Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus
dengan kain atau sarungkan dengan plastik.
Penting memahami perjanjian sewa kediaman
MUNGKIN sukar bagi sesetengah orang khususnya mereka yang masih bujang untuk mendapat peluang menyewa kediaman gara-gara sikap segelintir pemilik kediaman yang `cerewet’.
Syarat seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan berkerjaya serta pelbagai lagi syarat menyukarkan segelintir masyarakat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang untuk menyewa.
Langkah sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri yang mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta-benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.
Ada tuan rumah yang berasa seperti mengalami `mimpi ngeri’ gara-gara membenarkan penyewanya melakukan sesuka hati di dalam rumah. Akibatnya, terpaksalah menerima seadanya perilaku penyewa.
Ternyata, menjadi tuan rumah tidak semudah menyerahkan kunci rumah kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa yang pembersih, menjaga harta-benda dengan baik tetapi ternyata tidak semua penyewa sebegitu.
Justeru, penting bagi penyewa rumah mengambil serius perjanjian sewa rumah dengan menyediakan surat hitam putih dengan butiran yang lengkap dan jelas untuk kesenangan mereka di kemudian hari.
Surat perjanjian sewa rumah itu bukan saja memberi manfaat kepada tuan rumah, malah boleh menyelamatkan kedudukan kewangan mereka di kemudian hari.
Untuk memastikan segalanya berjalan lancar antara penyewa dan tuan rumah, pastikan surat perjanjian sewa rumah dilampirkan sekali dengan dokumen dan borang seperti: -
1. Borang Laporan Kerosakan
2. Borang Permohonan Sewa
3. Nombor Telefon Penting
4. Notis Berpindah Keluar
5. Pengesan Aliran Tunai Hartanah
6. Senarai Inventori
7. Senarai Semak Hartanah
8. Senarai Pindah Masuk
9. Surat Selamat Menyewa
Prosedur Menyewa Rumah
1. Duit deposit
Kebiasaannya pemilik rumah akan meminta sejumlah satu hingga 3 bulan deposit kadar sewa rumah. Kebiasaannya, wang pendahuluan itu digunakan untuk pelbagai keperluan seperti kos pembaikan rumah jika berlaku kerosakan ketika penyewa meninggalkan rumah dalam tempoh kontrak menyewa.
2. Notis berpindah
Penyewa perlu memberitahu pembatalan sewa kediaman kepada tuan rumah setidak-tidaknya sebulan atau dua bulan sebelum ingin keluar daripada rumah. Peraturan notis berpindah biasanya tertera dalam dokumen kontrak sewa.
3. Alamat
Penting untuk anda memaklumkan alamat kediaman baru sebagai alamat surat-menyurat rasmi.
Popularity: 2% [?]

wah tak sangka begitu complicated…
selamat berpindah cik Muz
nanti da siap tunjukla rumah baru itu
luthtextile´s last blog ..Cinta Mee Segera!
wo memang panjang pun entri kamu
taknak jemput kami ke bulan 12 ni
hehehe
susah gak rupanya nak menyewa nih
huu
PeAr Reply:
October 11th, 2009 at 7:13 pm
lol…insyallah…aku jemput…
wa.. tahniah rumah baru, memang best kalo ada rumah n ruang sendiri… cam aku ni aku rasa dah cam nomad da…time study kat s.alam then duk pj. duk ngan kazen pastu ampang pas2 skang terpaksa pndah lg ke keramat… barang2 aku jgn citer la..till bersepah2 susah nak angkut sekali haha
pert dmd´s last blog ..Biey2 dan Jaz (Raya 2009 mode)
tips2 ni amat berguna utk saya berpindah kelak..ingatkan semudah 1,2,3. Rupa2nya byk jugak yg kena buat. TQ for the tips
PeAr Reply:
November 6th, 2009 at 9:49 pm
sama sama…jangan lupa langan…mana tau ada lagi tips menarik..hehehe
u de contoh surat notis keluar rumah x,? auntie i sewa rumah dia kt org, then die nk suruh org tu keluar,dia mintak tlg i create surat..plszz help me…:(
PeAr Reply:
August 4th, 2010 at 10:30 pm
hmmm…beb…surat notis tu takde la…tapi apa kata just sms jea penyewa…tapi cakap le bagi sebulan notis…cian kat penyewa tu..anyway..takyah formal sangat kot nak tulis surat untuk keluar rumah…
I have been after your weblogs and those of other experts. Still seeing that I’m not using dark hat tacticts my site isn’t ranking. Could you inform me if I possess repeated webpages on one more site may that hurt me? I use calendars and descriptions of over 140 audio shows and reproduce that on one of my various domains. Coulkd that hurt my page ranking?
thnx.. bagus utk rujukan sy juga coz sy akn berpindah masuk rumah sendiri hujung thn nie.. x saba rasanya.. bagus ada tips cmnie.. stlh 2thn duk ngan parents insyaallah tercapai impian duk umah sndiri..