Persiapan perkahwinan yang belum siap-siap!

fesyenbajupengantinlelaki3-copy1

Demam kahwin dah bermula, time nie la baru nak mengelabah..cari barang kahwin la,korek tabung ayam la (kot kot ada Rm1000) buka buku agama la..Macam-macam hal la lagi. Bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan,rileks jangan gabra. Tengok aku, rileks saja nie pun sempat lagi menulis di blog. Tapi dalam hati ini tuhan saja la yang tahu.

Nak kahwin bulan 12 tapi aku banyak benda lagi belum buat,meh aku kongsi dengan korang apa yang lum siap antaranya ialah:

1) Kad kahwin belum siap ( minggu depan kot)

2) Baju kahwin belum fitting ( Baju aku tak siap lagi..ades..nak kena auww nie..)

3) Bunga telur belum beli lagi kat nilai 3,( Serius tak sempat nak beli lagi,maybe beli minggu depan jugak)

4) Fotographer aku takde! ( Ini semua gara gara fotographer dapat job lain..hampeh tul)

5) Baca buku Fardu ain (hahaha..ini persediaan untuk aku saja,nak jugak la baca sikit sikit)

6) Hantaran ada lagi yang belum beli ( duit belum cukup la pulak)

7) Dan yang paling utama, Duit……… duit……( :( ades..nie yang paling kritikal)

Banyak la lagi benda yang aku belum buat, tapi ada satu benda yang aku dah buat,iaitu..bersedia,bersedia menjadi suami orang dan meninggalkan zaman bujang aku, Bak kata Zack dalam filem AZURA “Aku nak tinggalkan kumpulan ini” .Yup, aku dah pun meninggalkan kawan-kawan bujang aku,tapi bukannya tinggal terus. Just aku tak boleh lagi nak commit dengan aktiviti dia orang yang gila-gila.

Apa pun aku berdoa agar semuanya berjalan lancar nanti,korang doakan aku dipermudahkan urusan aku untuk bernikah nanti tau..Aku nak bernikah di Penang,entah macam mana la Tok Kadi kat penang yek. Harap-harap tak la mencabar minda aku yang serabut.Dan yang paling utama sekali,aku nak cakap kat bakal isteri aku masa dia salam aku “I told You!” sebab tunang aku tak pernah percaya aku serius nak kat dia.hahaha..Aku kena reject 3 kali pun masih angau dengan dia. Sampai ada suatu hari tu aku cakap kat dia “Semalam i mimpi,u ada disisi i…we already married and we have 2 cute babies…“hahaha..tergamam tunang aku.

Apa apa pun,sampai disini saja aku nak merepek,sebab banyak lagi urusan yang perlu aku lakukan.Nanti senang senang aku update lagi, dan jangan lupa untuk subcribe blog ini dan sekiranya nak live update aku masa kahwin nanti,korang langgan la liveblogging aku kay atau pun twitter aku.

P/S Baju tu sesuai tak aku pakai? hahaha…

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 12% [?]

11 Responses to “Persiapan perkahwinan yang belum siap-siap!”

  1. wah.bilanya tarikh nak langsung bi bro? huhu
    lengan ko tegap cam tu ke nak pakai baju kaween tu heeh
    Pert Deemataque´s last blog ..Tragedi OCTOBER (Ku tendang BONTOT mu) My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    takde la sasa sampai camtu…hahahaha

    PeAr Reply:

    lupa laks..tarikh aku kahwin 25 December belah aku

  2. luthtextile says:

    aku dok tunggu persandingannya di penang! Aku nak naik pelamin, percik2 ayaq kat hang.. hahhaha.. boley?

    tak lama dah tu bro.. 30 +- hari je lg..
    luthtextile´s last blog ..Apabila domain ‘luthtextile.com’ expired My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    hohoho…ko percik percik kang abis basah baju aku..hahaha…tu la bro…dah dekat nie…wa nervous…hohoho…nanti mai la…info dia nanti aku habak kat email

  3. salam..blog hopping… we are photographer.. please visit our website..

    thank you.
    I Web Photographic´s last blog ..Perjumpaan Waris-waris Hjh Fatimah & Puan Mariam My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    cool..will check ur web

  4. syinrayafa says:

    gmbr sape kat atas tu…? besar gile tangan dia..hahaa…

    PeAr Reply:

    hohoho…mesti la bukan tanganku..takkan besar cam tu hehe

  5. broSKL says:

    haha lawak siot gambar tu, ada pulak time kawin pakai baju gitu..x sesuai langsung..tau la badan thought kan huhu.. nampak sangat nk menunjuk..baju ko warna apa nanti..?
    broSKL´s last undefined ..If you register your site for free at My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    wawawaw….lawak kan…wa pakai coklat…hehehe

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.