Meroyan

meroyan

Meroyan? asal tetiba aku nak share posting nie? hmm maybe aku meroyan? korang nak tahu apa itu meroyan?

Meroyan merupakan salah satu penyakit gangguan mental yang serius. Ia bemula dalam masa antara 2 hingga 3 hari selepas seseorang wanita bersalin. Namun ia boleh berlarutan untuk jangka masa yang lama sekiranya tidak mendapat rawatan. Biasanya, ia dialamai oleh wanita yang pertama kali bergelar ibu. Bagaimanapun, gangguan ini jarang terjadi. Dianggarkan hanya seorang atau dua saja wanita yang mengalaminya dalam setiap 1,000 wanita yang melahirkan anak.
Biasanya mereka yang mengalami masalah ini sering kali merasakan diri tidak bagus dan tidak layak menjadi ibu. Pada peringkat awal mereka berasa sedih, enggan makan dan minum. Lama-kelamaan merasakan ada orang yang ingin mencederakan atau membunuh bayi dan dirinya. Gangguan mental yang lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan orang Melayu ini juga mempunyai banyak nama lain dalam istilah perubatan. Ia juga dikenali sebagai peuperal psikosis atau postpartum psikosis. Risiko kemungkinan seseorang mengalami meroyan ini lebih tinggi dan meningkat menjadi 2 kali ganda di kalangan wanita yang pernah mengalami psikosis. Manakala, wanita yang mengalami gangguan bipolar pula dianggarkan antara 20 hingga 50 peratus lebih tinggi daripada wanita yang mempunyai sejarah skizofrenia. Psikosis, merupakan satu keadaan di mana individu terbabit  ‘hilang’ sentuhan dengan dunia nyata. Wanita terbabit biasanya mendengar suara-suara halus, melihat ’sesuatu’ yang tidak dapat dilihat orang lain juga sering rasa bersalah tanpa sebab.(Petikan dari pakar)
Terdapat satu kes pernah berlaku di Australia dimana seorang ibu telah membunuh 4 orang anaknya akibat kemurungan yang melampau… 3 orang anaknya dijumpai di atas katil bilik tidur mereka dengan beberapa kesan tikaman di badan, Manakala anak seorang lagi ,berusia 4 tahun dijumpai lemas didalam bilik air,haru biru jadinya..Apabila suaminya pulang dari kerja. isterinya hanya mampu menangis dan berkata..”Bukan dia yang bunuh” namun forensik mengesahkan si isteri yang membunuh anak-anaknya..ini semua akibat meroyan…Bahaya bukan?
Kisah ini aku baca tahun 2000..lantas aku jadikan title ini untuk final projek aku masa aku study dulu..dan akhirnya keluarlah satu filem pendek bertajuk Meroyan. Filem ini aku terlalu banyak sangat bereksperimen sampai lari tajuk asal..Agak hambar filem ini pada pandangan aku…Final projek aku yang terlalu fokus kepada idea…tapi content aku terlalu out..Inilah first experiance aku shooting menggunakan 16mm camera…Quality dia memang agak hancur..sebab tak grading…tapi bangga juga lah filem ini diiktiraf oleh Kodak,iktiraf je..lawan asean filmschool dah kalah, aku selitkan sekali filem pendek ini..kebetulan aku jumpa di MURAI.COM…hampeh kalah…huhuhu….takpe la janji pengalaman shooting itu lebih penting untuk menaikkan skill directing aku.Tapi sekarang hampeh la aku takleh call shot langsung..dah lupa
P/s video ini agak slow untuk open

Meroyan

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 1% [?]

Photobucket

25 Responses to “Meroyan”

  1. johnjimat says:

    adoi harap2 la aku xdpt bini cmtu…

    PeAr Reply:

    harap harap la john…layan bini elok2 bila dah dah khwin

  2. ekino says:

    mintak dijauhkan.. :)

    PeAr Reply:

    amin

  3. menakutkan.. jauhkanla. Kuatkan semangat ku sampai jadi ibu nanti

    PeAr Reply:

    sis…insyallah…ceria-ceria kan diri yea..

  4. aman says:

    cara atasi dia takde ker?

    PeAr Reply:

    hmmm..tak sempat lak nak nyatakan…tapi bro..se elok eloknya..layan isteri selepas mengandung..ceriakan dia..jangan bagi kemurungan…family support amat penting

  5. diadola says:

    amazing pear…

    PeAr Reply:

    dila…usha filem pendek pear tu hehehe…time blaja dulu buat filem pendek tu

  6. Jaws says:

    ades…
    takutnya aku ni..
    bahaya meroyan ni..
    nak kawin ke tak?
    perempuan boleh bertukar menjadi monster secara tiba tiba…
    pear, jom buat filem weh!!!
    ko jadi pengarah aku ajdi penerbit..
    hehehe..

    PeAr Reply:

    huhu…best tu..ekau kumpul dana bebanyak…aku nak wat movie

  7. BB says:

    simptom ini biasanye trjadi dikalangan kelahiran dgn cara bidan kampung

    scr bio-chemtrynye:-
    dia kekurgn oksigen dlm bdn akibat perdarahan terlalu byk hingga pd saat dia tidak dpt menahan ,rasa lemas dan simple problem pun boleh jadi besar.
    sbb tu ibu2 slps bersalin dia perlu rest yg cukup.
    para suami kena lebihkan kasih syg anda kpdnye okies…

    Good story pear…

    ps: Jaws ..jgn jadi pengecut…rugi nanti hehe…

    PeAr Reply:

    thanks for the info bb..

  8. johnjimat says:

    jaws gn pear klu nk wt filem.. amik aku jd hero yer hahaha

    PeAr Reply:

    hahaha..boleh…pak pacak boleh?

  9. besar gak masalah meroyan ni. menakutkan looo

  10. johnjimat says:

    zzz memperkecilkan kebolehan aku.. wakaka

  11. shazat says:

    Hari tu makan deghoyan (durian) tak de apa apa pun…ok jek..

  12. johnjimat says:

    xpe pear nanti aku kumpul modal aku wt muvie “johnjimat the movie” wakaka

  13. sya says:

    nasib baik aku yg beranak dua ni tak meroyan royan lagik..pndi simpan pandai jaga..jgn stress!!!

    PeAr Reply:

    hmm..yup tul tu…jangan stress..kalau boleh,jangan pandang belakang jugak….

  14. chempaka says:

    Jiran kat kg aku meroyan sampai kuar rumah pagi2 buta pastu jalan kat rel keretapi pastu kena langgar. Meninggal dunia disebabkan meroyan.

  15. nusis says:

    aku x kawin lagi ni. macamana la bini aku nanti. harap2 baik semuanya…

  16. zaini says:

    salam bro, saya ada masalah tentang isteri saya. Sejak dua menjak ni kelakuannya berubah sama sekali. rutin harian tak diendahkan,mood hilang,tapi mkn ok,rokok jadi teman sejati,ganguan tidur( terpaksa makan ubat tidur ). Sapa2 yg boleh tolong saya.

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD