
Isu produk halal masih lagi hot di perkatakan, belum lagi reda isu Kopitiam tak halal,ada pulak kes terbaru berkenaan dengan ejaan isu Halal yang mencurigakan yang dijual di sebuah pasaraya terkemuka, Logo halal yang mencurigakan ini merupakan sebuah produk makanan iaitu kentang goreng.
Cuba korang perhatikan ejaan tersebut, dimana di cetak:
ISL AMC DEVELOPMANY DEPAKTMANT OF MALAYSIA
Oh! apa sudah jadi nie? benda begini boleh tersilap? Ini boleh membuatkan pengguna was-was ingin membeli produk ini, Isu ini telah di sebarkan di laman web Rasmi PPIM ( Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dimana aduan diterima oleh salah seorang pengguna yang was-was dengan produk ini lantas menghantar gambar ke PPIM untuk di siasat. Syabas dan tahniah aku ucapkan, ada juga pengguna yang prihatin dan peka terhadap isu halal haram nie. Kita sebagai pengguna jangan mengambil remeh dengan produk-produk yang tidak halal. Selalulah menyemak semasa membeli sesuatu produk.
Ok berbalik kepada isu kentang goreng itu tadi, nak dijadikan cerita, pihak syarikat telah memberikan penjelasan kepada produk ubi kentangnya
ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PENGUNJUNG WEBSITE INI.SAYA HASAN BIN DIN,SELAKU ASSISTANT MANAGER BAHAGIAN PENGELUARAN,MERANGKAP AJK HALAL COMITTE INGIN MEMBUAT KENYATAAN BERHUBUNG ADUAN YANG DI SUARAKAN OLEH EN.FARID MENGENAI POTATO SHOESTRING YANG TELAH DI BELI DARI PASARAYA CARREFOUR.KESILAPAN EJAAN YANG TERDAPAT PADA LOGO HALAL JAKIM TELAH MENIMBULKAN KERAGUAN PIHAK PENGGUNA.DI SINI PIHAK KAMI INGIN MENJELASKAN BAHAWA TELAH BERLAKU KESILAPAN EJAAN DALAM CETAKKAN PLASTIK PEMBUNGKUSAN PRODUK SHOESTRING.PRODUK KAMI JUGA TIDAK MENGANDUNGI BAHAN YANG TIDAK HALAL.SYARIKAT KAMI INGIN MEMOHON MAAF ATAS KESILAPAN EJAAN YANG TELAH TERJADI.SAYA SELAKU AJK HALAL TELAH MENYERTAKAN LAMPIRAN GAMBAR AJK HALAL SYARIKAT KAMI DAN JUGA SIJIL HALAL YANG DI KELUARKAN OLEH HDC@JAKIM
Hmm..entahlah, aku pun tak tau nak cakap apa. perkara dah terjadi baru nak buat pengakuan salah cetakan, Sepatutnya kenalah lebih peka mengenai perkara ini, dan silalah hormati pengguna, tak pasal pasal produk ini kena tarik balik dari penjualan di pasaraya tersebut,

Popularity: 10% [?]
Siapa akan dinobatkan selaku IMAM MUDA
Kemana menghilang Muzzafarsalleh?
Coach GERMAN Joachim Low pengotor!
Jawatan kosong
Drama Dottie - Nor Syuhaida
OMG! errrr!
neon´s last blog ..BBGS-ians Bacth 2004 First Reunion Was A Blast Off! Girls Rules!