Kemana menghilang Muzzafarsalleh?

http://onezimus.files.wordpress.com/2008/05/doa.jpg

Salam…Rasanya dah lama aku tidak menulis di blog nie, maafkanlah bagi ada yang menjadi peneman setia blog ini (ada ke?), tiada update kecuali dengan story story sampah.. hahahaha… Bukannya apa cuma aku agak sibuk kebelakangan ini. Dari satu perkara ke satu perkara terjadi pada diriku. Jangan risau, semua perkara yang terjadi pada diri aku merupakan perkara yang baik baik sahaja.alhamdulillah…

Blog dan traffik

First sekali aku ingin menceritakan mengenai blog aku yang tak update nie,alhamdulillah.. walaupun aku tak update, namun masih ada jugak orang yang sudi masuk, ke blog picisan nie, peratusan yang memasuki blog aku boleh di anggarkan sebanyak 40%. Walaupun sedikit,namun aku bersyukur, kerana blog ini pun tak update (faham faham jela).Namun ada jugaklah income dari Nuffnang dan Bidvertiser. Tanks bebanyak..

Anak Pertama Muzzafar Salleh

Perkara yang kedua yang terjadi pada diri aku adalah Wifey aku PREGNANT! wah bersediakah aku sebagai seorang lelaki untuk ada zuriat sendiri? ( kata hati kecilku) jawapanya adalah IA! SAYA BERSEDIA UNTUK MENJADI BAPA! sungguh terharu aku apabila mendapat perkhabaran gembira dari isteri ku apabila dia mengatakan dia mengandung.  Perasaan gembira ini hanya tuhan sahaja yang tahu,Sekarang dah masuk 3 bulan.Namun hari tu wife aku muntah teruk, sampai kena masuk Hospital sebab gastrik, ini semua dugaan namun alhamdulillah…semuanya selamat. Aku rasa aku nie suami yang mothali (perasaan) mana tidaknya, semua perkara di rumah aku yang buat. Basuh baju, memasak u just name it! aku buat tanpa mengira, Peluh jantan ku ini tidak malu untuk berbuat demikian. Kerana aku sayang isteriku. aku faham apa yang dilaluinya. Ia bakal melahirkan zuriat ku. Dan aku tidak mahu membebankannya.

Lappy Tenat

Perkara yang ketiga pula ialah, Lappy aku rosak.. Dah 3 tahun aku pakai lappy Compaq nie, sudah tentu masanya akan tiba untuk rosak. Duit tak ada laks nak baiki.. hmmm terpaksalah aku bersabar untuk beberapa bulan untuk membaiki lappy aku. Bila lappy takde, maka terganggulah aktiviti blogging aku.

Kerjaya

Dan yang terakhir sekali ialah, aku sekarang agak sibuk membuat satu program, hmmm ini soal kerja, aku terpaksa concentrate membuat program ini. (Program apa?) Rahsia ler… kalau meletup aku bagi tahu yea..

Apa- apa pun mungkin dunia blogging sudah tidak relevan bagi ku, maksudnya aku perlu ke alam nyata untuk menyara keluarga… tetapi ini bukan bermakna blog ini akan ditutup, cumaposting aku mungkin tidak berkualiti lagi.. Namun apa apa pun ONLY TIME WILL TELL…

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 2% [?]

4 Responses to “Kemana menghilang Muzzafarsalleh?”

  1. x-po says:

    wah, tahniah bro sbb dh nk dpt baby…
    x-po´s last blog ..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    tankss…bro…sorry lama aku tak baca posting hang…kengkadang usha gak …tapi tak komen

  2. wandisini says:

    tahniah kerana sudah hampir menjadi bapa. di peringkat awal kehamilan memang kena jaga, memang elok sangatlah ko buat kerja rumah itu semua. dulu pun masa bercinta, ko janji dengan wife ko lautan api sanggup direnangi kan.hehe..takat basuh baju mesti tak da hal
    wandisini´s last blog ..Hari Itu Semakin Hampir My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    tanks bro….hahah nie lebih dari lautan dah…lols…

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD