Jalan Alor dan pengalaman berharga

jalan alor

JALAN ALOR…tempat ini merupakan tempat yang akan aku kenang sepanjang hidup aku, 2 tahun aku berlegar-legar di sini.korang tahu jalan alor nie kat mana? Jalan ALOR ini berdekatan dengan area bukit bintang (segi tiga emas). Agak sukar aku nak terangkan kat mana..nak tahu pergi tengok google map..Sebenarnya tempat ini banyak mengajar aku apa sebenarnya kehidupan di K.L.Kota yang sesungguhnya kita ketahui sepenuhnya, tetapi masih tidak kita fahami.

Jalan Alor ini sebenar merupakan kawasan cina..kat kawasan ini memang banyak gerai-gerai makanan cina…tetapi disebalik kemeriahan kedai kedai cina ini..ada sebuah gerai melayu terletak di simpang jalan betul-betul dengan signboard JALAN ALOR.Nama gerai ini di beri nama “BONSER CORNER” sebuah gerai makanan melayu.. Kalau korang pergi ke Jalan ALOR ini, memang ini sajalah satu satuya gerai melayu di kawasan Jalan Alor.
Apa bestnya disini? disinilah merupakan port bagi aku,dan beberapa wartawan jenayah untuk mencari story sambil menunggu apa apa kes yang berlaku di kawasan sekeliling terutama dari jam 12 malam hingga 7.00 pagi…Setiap hari kami akan menghabiskan masa beberapa jam di gerai Bonser, sambil menunggu kes-kes yang ada..Untuk pengetahuan korang,port ini juga merupakan port anggota polis,pekerja kelab malam,bodyguard,gro etc..pendek kata..macam-macam jenis org la..Tetapi sambil aku menunggu,aku banyak dapat pengalaman di gerai ini…ada beberapa karekter manusia yang menarik minat aku dan aku rasa inilah sebenarnya diari anak rantau.Diantara karekter yang aku boleh huraikan ialah:
Karekter pekerja Bonser
- Mereka berasal dari Patani, hidup mereka hanya di Jalan Alor,pandai memasak dan amat rajin bekerja..Hidup mereka agak sukar di patani menyebabkan mereka ini sanggup bekerja siang dan malam…mereka ini golongan muda lingkungan 20 an…
Karekter Ah Sam ( Penjual Dvd)
- Lelaki cina ini akan merayau di kawasan Jalan Alor untuk menjual DVD..Pernah beberapa kali ditahan oleh pihak polis, tapi masih berdegil menjual dvd..mungkin ini sahaja bidang kepakaran beliau…Lelaki cina ini amat fasih berbahasa melayu..membuatkan ramai yang membeli dvd dengan dia. Dia akan berpusing dari malam sehingga pagi untuk mencari pembeli….inilah rutinnya hari demi hari.
Karekter Aben
- Mamat ini merupakan penjaga parking di kawasan tersebut, mula merantau semasa berumur 20 tahun lagi, kehidupannya yang sukar di kampung menyebabkan dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membantu keluarga..pagi pula dia akan bekerja sebagai pencuci kereta di kawasan berdekatan…Boleh dikatakan siang dan malam dia rajin bekerja.
Ada lagi beberapa watak yang aku tidak sebutkan…tapi apa yang ingin aku nyatakan disini ialah..mereka ini semua berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan bagi menyara kehidupan…Diraut wajah mereka tidak pernah terpancar kesedihan…tapi hati manusia siapa yang tahu.Aku banyak belajar dari mereka erti kehidupan…susah senang mereka. Pernah salah seorang dari mereka cakap dengan aku ” Pear,hidup di K.L  ini memang kotor..memang banyak dugaan dan pengajaran,tapi pengajaran ini mendewasakan aku..” Aku tersentuh,alangkah bertuahnya kita hidup dengan cukup segalanya.. Umur seperti mereka ini sepatutnya belajar dan menikmati zaman muda.Tetapi tidak,mereka ini harus bekerja….
Banyak lagi yang aku ingin kongsikan dengan korang mengenai JALAN ALOR ini,ada kisah GRO,BOHSIA,MAT GANJA,PELACUR YANG TIDAK LAKU dan macam-macam lagi…insyaallah..kalau aku berkesempatan..akan aku kongsikan lagi… Oh ya….aku dalam proses ingin membuat Contest di Blog MuzzafarSalleh.com…Kerap2 lah berkunjung untuk mendapatkan update contest..atau pun korang leh suscribe atau follow aku di twitter atau google friend connect…




Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 1% [?]

Photobucket

16 Responses to “Jalan Alor dan pengalaman berharga”

  1. ekino says:

    mcm2 pengalaman hdup yg blh jd kita lebih dewasa.. :)

    perlu taw beza kan baik buruk je :)

    PeAr Reply:

    yup..betul tu ekino….tapi kawasan ini banyak mengajar aku mengenai manusia…

  2. Jaws says:

    peargh pear..
    ko mampu letupkan dunia blogger dengan cerita-cerita begini..
    ramai yang mencari realiti KL sebenar..
    ko sebagai wartawan dan warga penyiaran adalah insan yang paling dekat kepada realiti..
    ko sebarkan segala apa yang kau tahu dalam bentuk blog dan ayat yg mantap, ko mampu geledak kan dunia blogger ko kepada dunia realiti..
    believe me..
    2 ways to be popular with blog,
    -a popular person start blogging.
    -start blogging and be popular..

    PeAr Reply:

    aku harap masin mulut ko jaws…tapi tak mampu den nak letupkan dunia blogger huhuhu….tanks for ur support

  3. catzer says:

    Jalan jalan di KL apabila larut malam mmg sgt menarik gile..

    PeAr Reply:

    jangan lupa..leh cuci mata gaks..hehehe

  4. BB says:

    sayang… i klik your nuffnang for u…okies! Nice Story
    Teguhkan iman mu…hehe

    PeAr Reply:

    ades…tq puan bb…

  5. johnjimat says:

    adoi tba2 lak rase sedey bace post ni.. aduh :(

  6. mocot says:

    nice blog dude.salam kenal2an dari sy..:p

  7. Iqone_Dinie says:

    best ar post ko nie…tapi nape pendek ngat….x puas aku bace huhu…….pe pon gut luck to u k bro…..

    PeAr Reply:

    saja aku pendekkan untuk part 2…hehehe…

  8. Kehidupan di bandar yang tak pernah tidoo….zzzzzz

  9. Shazat says:

    Dari Jalan Sultan Ismail ke Bukit Bintang ke Jalan Alor…rata rata semuanya bebudak Melayu..lepak pub siang siang buta kat Estana…aku telepon polis..tapi depa buat tak tau…rosaknya Melayu…sedeh….bangsa lain tak duduk lepak tapi berniaga…walaupun jual handphone underwater tapi tak runtuh akhlak….macam orang melayu.

  10. zwan says:

    mmg best jalan tgh2 malam pusing2 kl…sesambil tgk suasana…tgk juga pelbagai ragam manusia di tgh2 kota…
    zwan´s last blog ..Pagi My ComLuv Profile

  11. Jon Sirianni says:

    Thanks for the right to discuss this amazing, I am strongly a lot also cherish knowing read more about this amazing topic. Assuming conceivable, during your enjoy abilities, do you really head adding to your own web publication by having in addition facts? This is a good choice for my family.

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD