Isteri curang!suami meradang..

l_a791e5e683f8cd58a1ee25d1a4476da4

Apabila suami mendapat tahu bininya curang,maka seluruh badannya akan mengeletar memikirkan apa patut dilakukan, Persoalan demi persoalan bermain di benak pemikiran si suami. Si suami mula memikirkan apakah dosanya sehingga diperlakukan sebegini oleh isterinya. Mampukah rumah tangga ini bertahan?, sekiranya bertahan, adakah si suami dapat memaafkan si isteri? Mungkin ada yang berpendapat hidup sudah tidak bermakna lagi, ada juga si suami yang bertindak di luar dugaan denga membunuh isterinya.

SKANDAL nie ada 2 jenis :-

1. Yg melibatkan perasaan (cinta) : dimana kedua-dua atau salah seorang
individu yg terlibat dlm SKANDAL nie telah berkeluarga, tetapi mempunyai
kekasih lain yg mereka cintai selain suami/isteri.
ini terjadi di sebabkan beberapa faktor. cth : tiada persefahaman di antara
suami/isteri, bertemu kekasih lama dsb..mereka ini akan menjalinkan hubungan
cinta, mengambil berat serta memberi komitment antara satu sama
lain…adakalanya hubungan & komitment yang mereka beri antara satu sama lain
melebihi apa yang mereka beri pada isteri/suami masing-masing.

2. yg tidak melibatkan perasaan (suka-suka) : dimana kedua-dua atau salah
seorang individu yg terlibat dlm SKANDAL nie telah berkeluarga,
tetapi menjalinkan hubungan dgn individu lain hanya utk berseronok, melepaskan
kebosanan dari masaalah yang mereka hadapi & juga untuk memuaskan nafsu..
Mereka yang terlibat sering bertukar-tukar pasangan, tiada komitment antara
satu sama lain & bertemu hanya bila perlu sahaja. Kebanyakan pasangan begini
memberi alasan tidak mendapat kepuasan daripada layanan isteri/suami tetapi
masih menyintai & sayang pada suami/isteri. Hubungan SKANDAL yg dijalin
selalunya jarang dapat dihidu oleh isteri/suami serta orang lain.

Bagaimana pula nak elakkan ini semua terjadi?

1) Selalu Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

2) Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.

3) Persamaan

Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatn yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

4) Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5) Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

7) Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda

P/S Macam-macam persoalan sebenarnya,posting ini aku tujukan khas buat kawanku yang curang, Dan aku,ingin berkongsi dengan suami-suami diluar sana apa patut dilakukan sekiranya terjadi.

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 5% [?]

Photobucket

11 Responses to “Isteri curang!suami meradang..”

  1. mohdisa says:

    hoho, mudah2an bakal isteri aku tidak berbuat perkara demikian. amin

  2. apiih says:

    Aku harap bile aku dh brumahtangga nti,xdele kes2 curang cmnie..aku b’d0a agar rumahtangga aku bhagia hingga ke ank,cucu..huhu..ja0h dh aku brpikir ni,smpai ke alam rumahtgga.haha.

  3. x-po says:

    aku pantang kalau dgr pasal curang sbb aku dh alaminya..arrgghhh

  4. ery says:

    sbb tu la ku soh isteri aku kerja ngan aku…
    supaya gerak geri dia boleh di awasi..
    huhhuh
    ery´s last blog ..Tak Kuat Isap My ComLuv Profile

  5. lin says:

    aq bengang ..bf aq gila kat pompuan sundal tu!! da kawen buat la cr da kawen, jgn la nk menggediks …ishh apala nk jd dgn umat islam zaman skunk ne. x takut dosa!!

  6. lin says:

    benganggg wif somebody.. cuba nk meroskan hbgan aq..dasar betina sial!! ko jglah laki ko tu elok2 xpayah lah nk menggedikss dgn bf aq…ishh die owang ne x tkt dose ker… subahanallah..ape nk jd nihhh..pantang lihat owang bahagia…

  7. abg2011 says:

    lin…kalu mcm tu ko couple dengan aku..aku sanggup terima ko..huhhuhuh

  8. as says:

    aku selalu ingatkan suamiku,jgn fikir sedetik pun untuk curang.seandainya itu berlaku tiada lg kesetiaan ku pdnya

  9. Malaysia Houses…

    [...]Isteri curang!suami meradang.. | Muzzafarsalleh(dot)com[...]…

  10. A person essentially help to make severely posts I would state. This is the first time I frequented your website page and up to now? I surprised with the analysis you made to create this particular post incredible. Wonderful job!
    darmowe filmy online´s last 1 ..1 My ComLuv Profile

  11. cenderahati, cenderamata, hadiah, gifts, cenderahati perkahwinan, hadiah hari jadi, birthday, annual dinner, cenderamata koporat, corporate gift, t.shirt, mug, button badge, plastic pen, umbrella,fridge magnet, lanyard, keychain, towel, graphic desig…

    [...]Isteri curang!suami meradang.. | Muzzafarsalleh(dot)com[...]…

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD