Hari Raya dan Kenangan

hari-raya-2008-copy

Selamat Hari Raya diucapkan kepada pengunjung Muzzafarsalleh.com. Macam mana raya tahun ini? Adakah Raya tahun in disambut dengan meriahnya,atau serba sederhana. Seelok eloknya kita bersederhana sahaja,elakkan pembaziran dan ingatilah orang yang lebih daif dari kita.

Sempena 1 Syawal yang akan menjelang esok, ada sesuatu yang ingin aku katakan. Hari Raya esok jangan lupa untuk bersalam-salaman dengan ibu-bapa. Tunduk dan ciumlah tangannya dan pohonlah keampunan darinya. Sesungguhnya tiada yang lebih molek apabila kita dapat memohon maaf dengan kedua orang tua kita.

Aku ingin ceritakan sikit pengalaman aku di pagi raya, selalunya di pagi raya aku akan bersiap dengan baju melayu baru,sampin beserta songok. Hari itu memang boleh dikatakan hari yang paling segak,lengkap segalanya.  Pukul 7.00 pagi lagi aku sudah menunggu di ruang tamu untuk sembahyang raya bersama ayah aku, ibu  dan kakak aku pula sibuk didapur menyiapkan sarapan pagi.Lontong,ketupat,rendang dan kuih muih jadi hidangan pagi. Terasa lapar kadang-kadang. Tapi bila balik dari sembahyang raya baru boleh menikmati makan bersama keluarga.

Sembahyang raya merupakan suatu yang penuh bermakna bagiku. Aku tak pernah pergi keseorang, dari kecil lagi aku akan pergi dengan ayah aku. Pernah satu ketika dulu masa aku darjah tiga,aku hilang dalam masjid,ini semua gara gara aku cakap dengan ayah aku,aku dah besar boleh sembahyang sendiri,taknak duduk sebelah ayah aku, Lepas saja sembahyang raya, aku tak dapat carik ayah aku,aku nangis teresak esak depan masjid. Ada pula orang bagi aku sedekah ingat aku anak yatim. Lama juga aku nangis depan masjid tu,tiba-tiba bapa aku datang memeluk dengan erat. Bapa aku pun join nangis sekali hahaha. Aku pun nangis lagi sekali siap pinta maaf lagi depan masjid,aku cakap aku tak besar lagi kalau takda ayah,aku jadi ketakutan tanpa arah.Saat itulah aku dapat rasakan ayah penyelamat  dan hero dalam hidup aku. Semenjak kejadian itu,aku tak pernah sembahyang berseorangan sentiasa disisinya.

Tapi apakan daya,ayah aku telah pergi meninggalkan aku pada awal tahun lalu. Semenjak ketiadaannya,Hari Rayalah  tahun inilah paling aku takut untuk tempuhi, sungguh berat rasa hati ini untuk melakukan apa apa di hari raya.Semua rutin dipagi raya bakal berubah, tiada lagi rutin aku menunggunya di ruang tamu, tiada lagi bersembahyang bersama disisinya, tiada lagi makan bersama dan tiada lagi dapat aku memohon kemaafan darinya.Aku hanya mampu berdoa untuknya dan menziarahi kuburnya di pagi raya.Semoga rohnya di tempatkan ditempat orang orang yang beriman.

Ingatlah wahai kawan-kawan ku,walau apa pun jangan sekali sekali,korang tidak bersama ibu-bapa di pagi raya.Sesunggunya,kita tidak tahu bila lagi kita dapat menikmati hidup bahagia dan sempurna seisi keluarga.Keluarga didahulukan,kerja dilupakan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 1% [?]

Photobucket

4 Responses to “Hari Raya dan Kenangan”

  1. azwan says:

    selamat hari raya.
    aku pun sama dah tak ada ayah lagi. ayah aku pergi masa aku darjah 4 lagi. kita doakan je la semoga roh mereka senang di sana
    azwan´s last blog ..Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    Amin…kita doakan mereka ditempatkan dengan orang orang yang beriman..amin

  2. abdfatah says:

    Ramadhan telah berlalu. selamat hari raya. Moga murah rezeki selalu hendaknya. Jangan lupa ketupat raya. Hati-hati di jalan raya. Bermaafan sesama kita mengeratkan silaturahim.

    Nak kuea raya sekeping buleh?

    salam singgah… nice blog you have…
    abdfatah´s last blog ..Jualan Penghabisan Stok Panduan ClickBank | RM10,000 Cash Tunai My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    selamat hari raya bro..trimas melawat blog nie…apa apa kureng mintak tunjuk ajar yea.

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD