EPL dan Fantasy League bakal bermula 2009/2010

34421_logo-copy




Liga perdana inggeris bakal bermula,debaran dan kehangatannya aku kian terasa, manakan tidak hidup ini memang tidak sempurna jika tidak menonton bola di kedai mamak,sambil minum nescafe tarik segelas. Memang tiap tiap hari minggu itulah rutin aku,selepas selesai tugas. Aku akan lepak di Restoran Syed Bistro Bangsar sehingga perlawanan tamat. Yang menjadi kegilaan aku apabila team favourite aku MANCHESTER UNITED beraksi. Walaupun pun tanpa kelibat Ronaldo 7, namun jangan di pandang rendah pada kuda tua Owen 7.Aku rasa dia mampu menjaringkan gol dan injured sepanjang tahun.
Selain melihat perlawanan bolasepak liga perdana inggeris, aku juga aktif di EPL FANTASY LEAGUE yang sudah 3 musim aku main, namun tahun ini amat berbeza apabila aku menyertai KBSOCCERNET LEAGUE dan STADIUM ASTRO FANTASY, ke semua pertandingan ini menjanjikan hadiah hadiah yang lumayan. Maka tiap-tiap minggu akan berserabutlah kepala otak aku untuk memikirkan pemain-pemain terbaik untuk diturunkan. Perghh..macam manager sukan dah aku nie. Apa apa pun kalau korang berminat boleh join kedua-dua fantasy ini untuk memeriahkan lagi liga ini,Akhir kata Hidup ini penuh dengan khayalan. :)

fantasyleague2


Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 1% [?]

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD