
Setiap manusia diberikan akal dan fikiran. Maka dengan akal dan fikiran itu dicantumkan dengan idea-idea kreatif untuk dilemparkan menjadi senaskah skrip. Bagi aku setiap orang boleh menulis, kerana masing-masing ada ceritanya yang tersendiri. Suka dan duka, itu perkara asas kehidupan manusia. Maka masing-masing boleh menulis. Percayalah, dengan skills yang betul,anda mampu menulis.Sehebat Afldin Shauki, U-Wei, MahadI J Murat,Allahyarham Yasmid Ahmad dan beberapa lagi nama nama besar.
Ada yang bertanya pada aku, bolehkah dijadikan sebagai kerjaya? Dan bolehkah kaya? MARI KITA SELIDIK ,Jika ditanya berapakah bayaran untuk sebuah telemovie? Sebuah telemovie boleh dibayar antara RM4,000 - RM6,000. Drama bersiri antara RM800 - RM1,500. Skrip Filem boleh mencecah hingga RM25,000. Bukankah itu satu yang lumayan. Dan pasti angka tu tak terhenti di situ sahaja! Maka bagi aku,ia cukup untuk dijadikan kerjaya. Bayangkan jika idea anda mencurah-curah macam air terjun. Dan mampu menyiapkan 2 skrip telemovie dalam masa sebulan. Anda bayangkan pendapatan yang boleh anda perolehi.
Aku ada seorang sahabat yang hanya bertemankan laptop dan idea kreatif untuk meraih pendapatan, dan ia mampu meraih pendapatan yang lumayan melalui skrip-skripnya. Masanya juga amat fleksibel, Ada masa untuk hantar anak ke sekolah, ada masa bersama isteri dan pelbagai lagi aktiviti boleh dilakukan. Pernah sekali sahabat ku ini bercuti bersama-sama keluarga di Bali,semata-mata ingin mencari idea. Siang digunakan untuk bersiar-siar dan malam mencari ilham. Siap satu Episod terus di hantar kepada producer melalui Email. Senang kan!
So apa pendapat korang sekarang? aku pasti blogger-blogger di Malaysia mampu menulis dan mencurahkan idea bagi menghasilkan skrip yang bermutu. Mulakan dengan Bismilaah dan niatlah didalam hati untuk menjadi penulis skrip yang berjaya.
Popularity: 3% [?]
Siapa akan dinobatkan selaku IMAM MUDA
Kemana menghilang Muzzafarsalleh?
Coach GERMAN Joachim Low pengotor!
Jawatan kosong
Drama Dottie - Nor Syuhaida