Filem Merdeka Terbaik!

http://fleedy.files.wordpress.com/2008/08/merdeka_greet3.gif

Sempena merdeka yang ke -52 yang bakal tiba pada 31 Ogos 2009 ini,aku senaraikan filem-filem top 5 yang aku rasakan terbaik setakat aku penah tengok ,sesungguhnya memang tak banyak filem-filem yang berbentuk patriotik kat Malaysia ini.  Kalau ada pun tidak ada sangat memberikan kesan kepada generasi-generasi zaman sekarang.

NO 5

embun

Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima,kenapa aku suka filem ini? huhu..first sekali aku suka poster dia, erk? apa kene mengena?. Filem ini sebenarnya mengangkat kaum wanita didalam filem melayu. Walaupun Embun dirogol bergilir gilir,namun dia tetap bersemangat menentang penjajah. Hahaha..cam tak logik lak aku cakap.tapi takpe la,sekurang-kurangnya filem ini mendapat tempat di hati aku.

No 4

ltadnan

Filem ini pula menjadi pilihan aku kerana ia mengisahkan pejuang benar, dimana aku sendiri tidak kenal siapa Leftenan Adnan nie, sehinggalah aku menonton filem ini. Leftenan Adnan merupakan pejuang yang mempertahankan tanah melayu dari penjajah. Filem ini tidaklah sehebat filem filem sejarah yang lain,tapi aku amat sukakan kisah-kisah pejuang- pejuang benar seperti Leftenan Adnan sendiri,Rentap,Dol Said,Rosli Dhoby dan sebagainya

NO 3

bukit-kepong

Bukit Kepong! siapa tak tengok memang rugi,filem ini pun merupakan kisah benar yang berlaku di Bukit Kepong, Setiap kali menonton filem ini aku akan menangis, Aku banyak belajar semangat orang orang dulu untuk mempertahankan tanah melayu. Ramai nyawa terkorban didalam filem ini,tetapi tidak sekali pun mereka mengalah.

NO 2

404px-sarjan_hassan_01

Hassan sudah jadi soldier! yeah..Sarjan Hassan my old time favourite..sebab filem inilah satu satunya filem patriotik masa kecik kecik aku tengok. Bila tengok filem ini aku teringat cakap kat arwah bapak aku,aku pun nak jadi askar melayu..huhu..poyos…Anyway thumbs up!

Dan pemenangnya adalah!

NO 1

poster-hati-malaya

Ok,sapa tak tengok filem ini, memang korang loser giler…hahah, sebenarnya filem inilah aku tahu sapa orang orang penting masa Merdeka! Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman,sapa yang penting? dengan budget yang tak la segah mana,tapi hasilnya menakjubkan. Maknanya,bukanla budget membantukan untuk berkarya, tetapi 3 perkara asas. skrip baik!skrip baik! skrip baik!

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 1% [?]

Photobucket

11 Responses to “Filem Merdeka Terbaik!”

  1. x-po says:

    aku paling suka tgk cite leftenen adnan..mantap
    x-po´s last blog ..PERIGI CARI TIMBA My ComLuv Profile

  2. nazra says:

    no. 1 ja yg belum di tengok T_T
    nazra´s last blog ..Nak poligami? Belajar cara ini dahulu…… My ComLuv Profile

  3. topo says:

    sangat setuju dengan 1957 hati Malaya.. giler superb!!!
    topo´s last blog ..antara facebook, blog dan twitter… My ComLuv Profile

  4. Rjuna says:

    Patut bukit kepong yg nombor 1 tu, tapi tak kisahla Hati Malaya pon best juga tengok politik orang melayu
    Rjuna´s last blog ..15 Malaysia bikin 1 Malaysia My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    Bukit kepong memang fav,tapi hati malaya wajib tgk…baru kita tahu macam mana dapat kemerdekaan..tul tak..hehe

  5. HuRuL_AiNi says:

    huhu…sayang pulak x tengok 1957 hati melaya semalam…huhu….aku memang suka filem embun…hampir nak menangis tengok…huhu…
    bukit kepong ngan left. adnan…aku x sure dh tengok ke belum…hihi
    HuRuL_AiNi´s last blog ..Mencari jiwa merdeka… My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    hurul…gie tgk..jangan dok tgk cerita korea je hehe

  6. d|n says:

    dalam byk2 filem..
    filem embun je ak nengok full..huhu
    d|n´s last blog ..1MALAYSIA..merdeka!! My ComLuv Profile

  7. nazra says:

    dh tengok hati malaya, best jgk. tak sangka dato onn trkecil hati rupanya dlm mnuntut kemerdekaan tu..
    nazra´s last blog ..SELAMAT HARI MERDEKA!!!! My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    yup..tat true..tapi sebenarnya,sapa yang penting yek? dato onn ke tunku abdul rahman? hohoho

  8. nazra says:

    naz rasa dua2 org tu penting. dato onn mncetus idea mnentang MU & mngumpulkan org melayu utk brsatu. tunku plak mngukuhkan & mnuntut kmerdekaan

    ^_^
    nazra´s last blog ..SELAMAT HARI MERDEKA!!!! My ComLuv Profile

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD