
Aku belum lagi nak review filem nie..sebab gaji aku lum masuk nak tengok wayang hahaha…Ada yang berpendapat, filem ini bakal box office. Hmm aku tanya balik kat kawan-kawan aku yang dah pegi tengok.. Best ke filem nie? depa cakap “Hmmm makin sempit otak aku tengok..”Aku kurang faham maksud kawan aku tu..Takpe la nanti aku sendiri pergi tengok. Tapi honestly filem ini dah masuk dalam senarai filem wajib aku tengok bulan nie. Ini semua gara-gara aku termakan pujuk TRAILER “Adnan Sempit”yang lawak giler.
Cuba korang usha…
Tetapi fikiran aku macam berubah dengan kata-kata kawan aku,ini yang membuatkan aku fikir dua tiga kali nak tengok.. Hmm macam mana tu? Tapi kalau aku tak tengok filem nie..mungkin sebab pelakon utamanya. Hahaha…nak tau kenapa? (biarlah ini zaman sekolah punya cerita) apa apa pun..kalaulah filem ini “Adnan Sempit” ini BOX OFFICE..mungkin itulah formula filem Malaysia. Suka filem komedi,filem yang tak pecah kepala nak tengok movie genre macam nie.,,kadang kadang aku terfikir ramai karyawan yang bijak pandai,namun filem macam nie juga yang kita mahu.Layan je la..
Sinopsis:
Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.
Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat “reunion party”. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Adnan terkelu. Sejak peristiwa itu,pelbagai cerita yang berlaku antara mereka sehinggalah pada satu hari Nadia cedera akibat diserang sekumpulan remaja dan telah diselamatkan oleh Adnan. Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan. Walaubagaimanapun Nadia tidak pernah mengabaikan kerjayanya sehinggalah Nadia telah mendapat tender kontrak besar dari Datuk Harun seorang usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan Jofri. Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun.
Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk. Nadia mengambil keputusan untuk memecat Adnan selain memaki dan menghina Adnan. Jofri mengambil kesempatan itu untuk menenang dan menceriakan Nadia dengan harapan Nadia jatuh ke tangannya. Namun,segalanya terbongkar apabila Adnan mengetahui Jofri dan Zack bersubahat merancang segalanya selepas Jofri mengupah Zack merompak bag laptop yang mengandungi pelbagai proposal dan dokumen penting untuk tender Datuk Harun. Nadia menyesal mengenali Jofri. Nadia cuba memandang Adnan tetapi Adnan tidak mengendahkannya dan berlalu pergi.
“WALAUPUN MUKA SAYA GANAS,TAPI DALAM HATI SAYA ADA TAMAN…”



Popularity: 5% [?]





Doakan temuduga aku blogger
Oldtown White Coffee TAK HALAL?
Jom tengok filem Free di FINAS
Pengajaran bersama BLOGSTARZ
Robert Kuok orang terkaya Malaysia 2010!
aku dah tgk citer ni…
serius memang best…
tapi bukan best sebb jalan cerita..
tapi best sebb pelakon dia..
sam berlakon memang sempoi giler..
haha..
Aku setuju ngan jaws..
pelakon dia best.
cam Sam n along raja lawak
. citer biasa je..
Tak tengok la lagi…ada tayang lagi ke kat wayang….huhu…kalau dlm trailer aku sukat part yang angah nyanyi lagu dengan cat ….tengok muka dia aku dah gelak…cayok…
shazat´s last blog ..I believe I can fly…Part 2