

Setelah selamat aku melangsungkan perkahwinan tahun lepas (2009). Aku nak share dengan korang bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan bagi tahun 2010. Semestinya ada diantara mereka yang masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Memang kebiasaannya perkahwinan dilangsungkan dirumah,tapi bagi mereka yang malas nak sepahkan rumah, malas nak susahkan keluarga dan sedara mara, langkah alternatif untuk melangsungkan perkahwinan adalah di dewan.
Aku ingin kongsi sedikit pengalaman aku berkahwin di Wisma Sejarah. Wisma sejarah ini betul betul berhadapan dengan Institut Jantung Negara (IJN) atau pun bersebelahan dengan Perpustakaan Negara. Bagi aku tempat ini sesuai bagi mereka-mereka yang nak kan low budget wedding.Kenapa aku cakap low budget
Mari kita analisis Dewan Sejarah:
1) Dewan ini tidak la sebesar dewan Felda atau pun dewan Tun Rahah,dewan ini boleh memuatkan 28 meja bulat pada suatu majlis, 1 meja bulat boleh memuatkan 10 orang, maknanya 280 orang boleh duduk makan didalam dewan.
2) Harga Dewan Wisma sejarah bagi aku paling murah dibandingkan dengan dewan-dewan yang ada di KL nie. Harga Dewan Wisma Sejarah adalah RM 1200 termasuk kerusi dan meja dan p.a system. ( First-first aku terkedu..murah gile)
3) Dewan ini ada dua side,satu main hall, dan berhadapan dengannya ada lagi satu hall kecik yang boleh memuatkan 5 meja, so kalau tak cukup meja kat main hall boleh pakai second hall. Yang bestnya second hall ini, ada pintu kaca yang kita boleh buka untuk open air. ( Ini khas untuk smoker-smoker) Hanya letakkan kerusi kat luar dan enjoy the wedding.
Bagi mereka yang berminat dengan Dewan Wisma Sejarah ini,cepat-cepatlah booking,aku dengar ramai dah booking untuk tahun ini, termasuk cousin aku..
Popularity: 7% [?]

Maksimun 380 orang untuk satu majlis ke?
myklikers´s last blog ..Pre Wedding Hafiz & Yana, Tasik Perdana
mcm besst!!
hye….nk tanye lah..ada x no. contact atau website utk dewan sejarah ni?
coz i nk kawen bln 12 2011 tp kene la order awl2..
btw, bape total u sewa sume?
pliz reply yer..a.s.a.p..thanx
PeAr Reply:
November 6th, 2010 at 11:32 pm
no untuk tempahan dewan ialah 03-26815388…sewa, tak ingat loh..dah 1 tahun kahwin..hehehehe..tapi tak silap around 1300.. termasuk kerusi meja,pa system…
Salam Bro,
Alhamdulillah sebab terbaca blog bro lah saya dapat arrange 1 majlis nanti.:)
sewa dewan kerusi,meja dan pa sistem yg sgt berpatutan
sarahata
boleh x email kat saya pic dalam dewan
good info dear…julia baru je temoah dewan berkenaan wat majlis pada hari jumaat malam pertengahan bulan julai 2011….nice hall!
kalau nak lagi hebat PA System, boleh tempah kat Iramakenduri. Agak murah rate dia.
iramakenduri.cjb.net
hi…saalam…nk tye la harga dewan wisma sejarah tu berape erk dan maksimum berapa jam….parking senang x?
elissa….harga kalau tak silap rm1500…..dia flexible..kalau u booking tengahri..malam takde function..sampai malam pun boleh
Assalammualaikum…sy bekenan jgk dgn dewan nie,tp blom tgk lg, sy cuma tau yg dewan ade sedia kan 300 kerusi dan 30 meja,p.a system sy xtau ade including skali,kalo btol ade Alhamdulillah,sy nk tya parking mcm mane ea?byk x parking dkt wisma sejarah tu,stakat nie yg sye tawu total RM1250,deposit RM350,another balance 900 kene bayar 1 week before wedding