Fotographer Majlis Persandingan

photographer

Hari hari yang penat buat aku,dah seminggu aku masih lagi mencari photographer yang sesuai, Aku bukan buat last minute cari  photographer nie, tapi photographer aku ada job yang lebih menarik dan membabitkan masa depan dia, Aku biarkan dan benarkan dia kejar job tu. Rezeki dia aku taknak halang,walaupun aku suka dengan hasil kerja dia dan bayaran yang teramatlah murah bagi aku,terpaksa aku lepaskan dia juga.

Disini ada beberapa tips-tips aku nak berikan bagi memilih jurufoto atau photographer atau fotografi kahwin:

1) Pilih jurufoto negeri masing masing,jangan pula korang amik jurugambar kl tapi majlis kahwin di Penang

2) Pastikan tarikh kahwin korang,jurufoto itu free dan tak ada job.Kalau dia ada 2 job tapi kata sempat untuk majlis korang, better jangan amik

3) Pastikan korang dah tengok artwork jurufoto yang korang pilih, Macam mana boleh dikatakan artwork yang bagus? Ok ada beberapa aspek korang kena tengok. Firstly

-Sejauh mana kreativiti jurufoto ini, kalau setakat amik biasa..aku pun boleh shoot. Jadi korang tengok la  angle-angle apa yang dia shoot.

- Korang tengok juga sejauh mana kreativiti pengunaan background dan foreground digunakan.

- Dah tengok semua tu,tengok pulak colour dia, aku rasa korang pun tahu bezakan colour yang cantik dan colour yang kureng.

Ada lagi beberapa aspek yang korang kena tengok,posting yang berikutnya. aku akan terangkan lebih mendalam.

4) Bagi mereka yang tidak ada budget untuk fotografi,korang jangan risau..aku cadangkan korang boleh saja cakap kat fotografi itu,just snap untuk wedding dan bagi dalam softcopy.Nanti korang boleh la print sendiri mana yang korang berkenan. Nak print gambar murah 4r ada kat Amcorp Mall,belah bawah..dia punya price murah la setakat ini. tapi tak ingat hehehe..nanti aku check.

5) Storyboard tu penting ke? atau gambar-gambar famili,saudara mara,kawan kawan penting?storyboard limited picture,print biasa lagi puas hati.tul tak?

6) Pastikan jurufoto yang korang pilih nie,jenis yang friendly…so senang nak amik pic pose pose maut nanti…Bayangkan kalau dia jenis yang pendiam..sure bosan foto session korang.

Rasa ini saja la kot aku nak kongsi…lalallalala…stress melanda dalam diri…

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 9% [?]

2 Responses to “Fotographer Majlis Persandingan”

  1. shazclan says:

    ak tertarik ngan camera itu…wah…

    bile akan ku memilikinya…hehe
    shazclan´s last blog ..So Nyuh Shi Dae My ComLuv Profile

  2. unwanted says:

    aku suka tips yang no6 tu..:)
    unwanted´s last blog ..Blogger Tips : Tingkatkan Trafik Blog dengan ‘alt’ My ComLuv Profile

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.