Photobucket

Scale model addict

usnats_beaumkvi_tamiya_48-copy Gambar Hiasan

Dah beberap hari tak update..nak kata rindu dengan blog tak juga. Ini semua gara gara kegilaan baru aku membuat scale model,dasyat penangan benda nie.. Boleh jadi addict!. Scale model ini merupakan hobi aku pada masa lapang, taklah berapa pandai sangat. Baru nak berjinak jinak. Setakat ini sudah 3 aircraft model aku siapkan. Dari memasang sehinggalah kepada mewarnakannya,

Membuat scale model nie, nampak senang. Tapi kerja-kerja membuatnya memerlukan kesabaran yang mendalam. Terutama sekali apabila melakukan proses paint. Memang aku bab mewarna nie gagal masa sekolah dulu. Tapi aku try jugak slowly. Tapi first projek ini warnanya memang hampeh, hohoho… for the next projek, aku akan pastikan kerja-kerja mewarna lebih detail,supaya ia nampak lebih real.

Untuk menjadikan Scale model ini suatu hobi,memanglah menarik. Tetapi bagi aku hobi ini dikategorikan sebagai “”expensive hobby” mana tidaknya, satu harga untuk aircraft model yang kecil itu, harganya boleh mencecah RM30 sehingga RM 50. Tidak termasuk untuk membeli warnanya,satu botol kecil berharga RM15, bayangkan kita memerlukan 5 warna. Wah…banyak la pula duit nak pakai.

Tetapi bagi aku,kepuasan yang penting. Buat sajalah apa apa hobi yang mendatangkan faedah. Kerana hidup ini hanya sekali, maka kita perlulah menerokainya untuk dijadikan pengalaman yang berguna.

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 9% [?]

12 Responses to “Scale model addict”

  1. LuC says:

    dulu aku penah start mendalah nih…mmg hayal beb kalo start….sempat gak aku beli 3 kali utk start masa tuh….satu yg 50 inggit, 2 yg 30 hinggit…pergh…ghabak poket aku..tapi time tuh…ape lagi nak buat….baru kawen…takde duit beli TV…..kehkehkehe….apentah model dia…sukhoi,F22 ngan ape ntah lagik satu
    LuC´s last blog ..Why…..Don’t you think that…??? My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    hoho…bro…buat lagi tak benda nie? dah jadi hobby aku nie..layan beb..

  2. mahal tapi berbaloi bila dah berjaya buat kan..cantik
    Si Lampu Neon´s last blog ..Menang Senang Setelah Bermati-matian! My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    tul tu…berbaloi dan puas hati giler…

  3. pakis says:

    perghh..gila ah bro. kalu mampu,mmg syok aa wat hobi camni. tp kalu dh menganggur cam gua nih,huu..tgk je la mampu..huhu..

    PeAr Reply:

    boleh bro…kumpul la duit sikit..beli kat ebay murah..lu dah abis belajar ke?

  4. PutraMalaya says:

    style dow flight hg…wahahaahah
    PutraMalaya´s last blog ..(Hot) Megan Fox’s Body My ComLuv Profile

  5. teh says:

    camne kamu ley jatuh cinta ngan hobi ni??
    huhu
    macam best
    but i cant afford it

    PeAr Reply:

    hoho..susah nak cakap..hobi ini tetiba minat.minat dengan mini scale modal…layan beb…

  6. azwan says:

    mahal gak menatang kecik ni eh. tapi kalau org dah minat tak kira harga. macam kita lelaki ni dah minat degan sorang awek. kuar duit untuk awek tu pun tak kisah. betul tak?

    eh..macam salah topik je aku ni

  7. halooo bro apa khabar? lama x jengah sini huhu menarik hobi ko ni.. kepuasan tu penting x kirala agak mahal ke..nanti upload la\h lg gambar next model huhu nak tgk warnanya plak cam aku suka jalan2 ke tpt baru.. xkira la time tu xbera[ppa nak bnyk duit lebih kaloa da trip2 mesti aku join punyaaaaaaaaaaa huhu
    pert Deemataque´s last blog ..Tragedi OCTOBER (Ku tendang BONTOT mu) My ComLuv Profile

  8. shazat says:

    aku pasang B-Daman pon dah fenin kepala…ni pulak tamiya…huhu…rasa nak buang je spec mata aku nengok benda benda kecik nih…
    shazat´s last blog ..Glory Man United…. My ComLuv Profile

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.