Aku baru terima kiriman ini dalam email…dan aku tak sure pulak ia dari blog mana..tapi kepada yang ingin memahami maksud tersirat lagu nie..sila la baca. Aku copy paste jea.
Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.
Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.
“I know that we are young.And I know you may love me. But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.“
Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop,please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja diasebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.
“She hides true loveEn su bolsillo. She’s got a halo ’round her finger, Around you.”
Maksud lirik ni pulak .A halo’ bermaksud ia dianggap “suci”(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..
Selepas sahaja lirik tu… Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai “Cross Of St.Peter”, untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..
” In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.” - Manly P. Hall
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don’t call my name , Don’t callmy name, Bye Fernando ..I’m not you’re babe , I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.
Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..
I’m not your babe I’m not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
” Don’t call my name,Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus) “
Dan di akhir video …Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah …
Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”(Al-Isra’ 17:36)
Popularity: 2% [?]

















useful information. It’s really good
I really see the logic in your argument but I think you’ve painted your strokes
Owh, aku dah pernah baca artikel nie dulu dlm bahasa asal dia. Ni ialah terjemahan drpd blog Vigilant Citizen. Dlm blognya dia menceritakan bagaimana Lady Gaga memainkan peranan sebagai boneka Illuminati melalui lagunya. Sebenarnya start dr video Paparazzi lg memang mesej lagu dia semacam dah. Link dia kat sini:
http://vigilantcitizen.com/?p=1676
Cuba tgk link nie kat blog aku… lagu Power oleh Kanye West pun ada mengandungi simbol2 tertentu yg kemungkinan boleh dikaitkan dgn kefahaman Luciferian:
http://citerjo.blogspot.com/2010/08/power.html
Jo Qusary´s last blog ..Detik Kemerdekaan
PeAr Reply:
September 1st, 2010 at 3:26 am
cool bro..tanks for the information..
hey, nice blog…really like it and added to bookmarks. keep up with good work
I think it’s very very gloomy that there’re individuals in The USA who are purposely attempting to harm the feelings of the religion of Islam by burning their Holy Qu’ran. Even though they have the legal right to carry out such an action, they ought to be embarrassed of themselves.
lol gaga is nuts love you lady gaga your videos are so crazy its awesome.
awesome article just stumbled across it on yahoo i’m definately gonna bookmark this page
This woman is entitled to her opinions like all Americans. It is best if she adheres to her chosen profession rather than enter a fray she can do little about. I appreciate her sentiments but not her arrogance. This matter is for the elected government, no matter how bad, to settle. GaGa, do not set yourself up as a demi-goddess and speaker for the people; you do not qualify.
Lady Gaga’s meat dress is the coolest piece of fashion I’ve ever seen
Telefonny zoznamITelefonne cislaITelefonne zoznamy…
[...]lady gaga alejandro dan iluminati | Muzzafarsalleh(dot)com[...]…