Pelayar laman web Youtube mungkin terkejut jika menyaksikan satu klip video yang memaparkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, memandu teksi. Dalam klip video selama 41 saat itu, Ahli Parlimen Rembau beraksi pemandu teksi lengkap berseragam putih dan mempunyai kad pemandu teksi tertera namadengan nombor 0076197.Bagaimanapun, itu adalah lakonan Khairy dalam filem pendek berjudul ‘Meter’ arahan Lim Benji..Filem itu satu daripada 15 filem pendek diarahkan 15 pengarah berlainan bagi Pameran Pengeluar Filem Malaysia. Antara dialog yang menarik perhatian dalam lakonannya itu ialah apabila dia memarahi seorang penumpang didakwanya tidak patriotik sehingga menyebabkan penumpang itu keluar dari teksinya.
“Aku tak nak dengar lagi. Kau ni rakyat Malaysia kan. Kau tak patriotik.”
Filem pendek itu boleh disaksikan menerusi laman web iaitu www.P1.com.my mulai 9 September depan.Selain Khairy menampilkan bakat dalam filem pendek itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut sama menunjukkan kebolehan berlakon menerusi ‘Healthy Paranoia’ diarahkan Khairil M Bahar. Menerusi filem pendek itu, Liow yang juga Naib Presiden MCA memainkan peranan sebagai Menteri Kesihatan didatangi dua eksekutif jualan bagi mempromosi kempen antiminuman keras. Dalam klip video satu minit 40 saat itu boleh melihat jelas pelekat pada botol minuman keras itu iaitu ‘Amaran. Jangan memandu kereta selepas minum arak’.
Popularity: 5% [?]


owh..hebat khairy berlakon jua akhirnya ^^ tak sabar nk tunggu cerita penuh…
p/s: peminat no.1 khairy
zamdotcom´s last blog ..Tahniah Salfiza ^^
wow makin mantap la kerel ni
si lampu neon´s last blog ..Helah Bela Diri Sang Lelaki / Aku Tak Puas Hati!
hahahah….lawak gak promo dia….K.J sporting la…nak berlakon….
bila keluar nie?speak besar tak ingat….wawawawa