Masih ingat lagi blog sampah no 1 negara dulu?( tagline blogger otai ni) atau dikenali sebagai BLOGSTARZ! bukan GANGSTARZ. Sebuah portal komuniti dibawah Syarikat Tager Media Sdn Bhd yang membanggakan diri mengatakan mempunyai pengalaman 5 tahun dalam bidang IT . Dan statement berani api tahap api neraka mereka adalah mendakwa bahawa keuntungan RM 500,00 sebulan.
Diasaskan oleh KARL ISKANDAR, dan orang kuatnya co-founder Ramdhan Ismail, nampaknya sudah pun menemui jalan luas untuk mengistihar bahawa Blogstarz ini memang sampah. Rasanya tidak sia-sia aku melaungkan blogstaz ini penipu kepada ahli ahlinya selepas beberapa bulan menyertainya pada awal tahun lalu. Aku merupakan ahli kedua di banned oleh pihak pengurusan BS diikuti oleh beberapa rakanku yg lain. Mengapa kami di’banned’? Antara sbb kami di’banned’ kerana kami dikatakan melanggar syarat kontrak pihak BS dengan memburukkan BS dimana syarat kontrak ini tidak pernah kami lihat atau diberitahu. Kenapa kami dikatakan memburukkan BS? Antara sebab utama adalah usaha yg kami lakukan untuk menyedarkan org ramai yg telah ditipu dan cuba ditipu oleh pihak BS. Antara penipuan2 yg telah dilakukan oleh pihak BS pada ketika itu ialah dgn mengwar2kan tanpa membuat apa- apa setiap peserta akan memperoleh pendapatan hasil dr Clickshare ataupun Googlee Adsense. Dan aku cukup marah apabila banyak propa yang dikeluarkan di suratkhabar METRO mengatakan ahli-ahli BS mendapat keuntungan yang besar.
Berikut adalah email dari aku setelah acc aku di banned.
ATT: ENCIK RAMDHAN UP: ENCIK KARL ISKANDAR PER: Blog saya di banned (pear.blogstarz.my) Assalamualaikum.... Saya merupakan ahli blogstarz sejak beberapa bulan yang lalu, malangnya saya dituduh cuba untuk provokasi BLOGSTARZ di Bubbletalk...Kritikan yang saya lakukan sepatutnya di ambil positif oleh Encik Ramdhan dengan menjawap persoalan saya di BUBBLE TALK..bukan mengambil jalan mudah untuk banned saya di bubble talk dan blog saya sendiri. Sikap Profesionalisme perlu ada pada syarikat dengan membincangkan masalah yang berbangkit.Setelah saya mula mengkritik blogstarz di bubblechat, baru kelihatan Encik Ramdhan dan seterunya, namun bukannya menyelesaikan masalah..tetapi terus banned saya di bubble dan blog.. Apakah hak saya sebagai pengguna? setelah membayar rm297, inikah jalan terbaik oleh pihak syarikat Blogstarz?Saya bukan orang luar,saya bukan ahli biasa,dan tidak seharusnya saya dilayan sedemikian. sekiranya pihak blogstarz tidak senang dengan kehadiran ahli seperti saya, saya ingin mengundur diri dari blogstarz dan mengharapkan account saya boleh di buka sementara untuk membuat clean up pada blog saya...Saya cuma harapkan agar bersikap profesional di dalam kes ini supaya..tidak ada lagi masalah dari ahli ahli lain untuk menyatakan suara mereka...dan menyediakan HOTLINE sekiranya terdapat masalah. Sekiranya kata kata kesat dan kritikan saya di bubble talk menguris pihak blogstarz..saya memohon maaf,kerana ia dilakukan atas kehendak saya sendiri bagi mendapatkan penjelasan. Diharap tindakan segera perlu diambil terhadap pembekuan akaun saya..terima kasih yang benar, MUZAFFAR SALLEH Date: Sun, 8 Mar 2009 01:50:22 +0800 From: ramdhan@blogstarz.my To: pear_rodriguez@hotmail.com CC: karl@iskandar.me; info@blogstarz.my Subject: Re: ACCOUNT DI BANNED Wsalam. Saya perlu mengambil tindakan sewajarnya, saya telah memerhati akaun anda sejak dahulu lagi, terlalu banyak unsur2 negatif dan perkataan yang tidak patut di keluarkan di bubletalk.Anda pelu faham, di bubletalk sesiapa sahaja boleh terpengaruh dengan sikap2 melulu sesetengah blogger dan kritikan tidak berasas serta ketidakfahaman operasi sistem. Atas dasar dan penguatkuasaan syarikat, saya berhak mengambil tindakan tanpa budi bicara. Sudah pasti kami akan berlaku professional (penguatkuasaan) utk memastikan tidak berlaku perihal2 yang tidak memberi kesan kepada pembangunan BlogStarz dan blogger. Seperti yang anda maklum, kesilapan anda mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya adalah satu kesalahan, bukan menghantar email sebegini mengungkit tindakan saya. Sekiranya anda masih berminat dengan akaun blogstarz anda, kami boleh restore dan pastikan tidak ada lagi kes2 sebegini. Anda perlu juga faham, layanan dan penguatkuasaan adalah perkara berbeza. Harap Maklum. Ramdhan Ismail Pengarah Eksekutif TagerMedia Sdn Bhd
Begitulah kisahnya aku dan Blogstarz, dan semenjak dari hari itu, aku rekrut satu persatu ahli-ahli BS yang tidak yakin dengan BS. Sehinggakan kami digelar haluan kiri Blogstarz, Aku membuka satu chat room untuk senang kami berkomunikasi dan memperluaskan lagi empayar haluan kiri BS. Alhamdulilaah ramai juga yang sedar, sekalung penghargaan aku berikan buat rakan-rakan yang sealiran dengan aku dulu LOGAM , ACE , SHACZ , NUSIS , MUKHLIS , SHAZAT,JOHNJIMAT,LEBUY,HANNY dan ramai lagi rakan seperjuangan ku yang aku tak dapat ingat nama nama korang. Setelah sekian lama aku memulakan hidup baru aku di MUZZAFARSALLEH.COM dengan bantuan JERUNGPERKASA.COM yang banyak mengajar aku dan membantu aku didalam dunia blogging. Terima kasih abang Jerung yang merupakan beberapa tahun lebih muda dari aku, hahaha..
Dan apa pula terjadi kepada BLOGSTARZ? hanya KARL ISKANDAR sahaja yang tahu. Setelah aku membuat penyiasatan, Encik Ramdhan sudah tidak lagi bersama Blogstarz, dan memulakan skim yang baru pula. Office BLOGSTARZ yang terletak di Desa Pandan sudah pun ditutup dan diganti dengan skim syarikat baru iaitu Permata1. Bagaimana pula dengan ahli-ahlinya? kesemua mereka hanya mampu terdiam, blog tidak dapat di buka,pendapatan tidak dapat dilihat oleh mereka, mereka hanya mengeluh, kerana mereka ini dulu merupakan orang yang taksub dengan BLOGSTARZ pada suatu ketika dulu ( padan muka ko!). Apa-apa pun biarlah ia menjadi pengajaran buat semua., dan juga untuk aku, aku pun lebih berhati hati sekarang ini jika ingin membuat apa apa pelaburan. Jangan sekali -kali membuat pelaburan jika tiada kontrak,make sure korang ada surat perjanjian.
Apa apa pun melalui BLOGSTARZ aku banyak mengenal manusia,dunia perniagaan di internet, perniagaan MLM yang tiada penghujungnya. Dan aku baru tahu, memang ada sekumpulan MLM nie kaki lompat syarikat, jika syarikat itu dah tak laku, dia orang akan lompat ke MLM baru yang terkini, contohnya CERAMIC BUSSINES CLUB,RED CAFE dan lain-lain. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengghalalkan duit aku di BLOGSTARZ, sebab konsep hidup aku senang, jika tidak mendapat pembalasan di dunia.akhirat kelak ia akan dihukum dengan setimpal.
P/S Kadang kadang aku terfikir MELAYU PUN TIPU MELAYU..
Popularity: 25% [?]
Siapa akan dinobatkan selaku IMAM MUDA
Kemana menghilang Muzzafarsalleh?
Coach GERMAN Joachim Low pengotor!
Jawatan kosong
Drama Dottie - Nor Syuhaida
ini kes standard dalam mana2 MLM pun..
pembawakan orang2 atas tu yg tak betul..
hehe..
cukup banyak dah belajar dari MLM..
lagipon blog tak perlu dibeli dengan sebegitu mahal..
setakat nak dapat subdomain, blogspot dah cukup kot..
kalo nak sedap skit pakai laa dot com sendiri..
PeAr Reply:
February 18th, 2010 at 12:31 pm
yup betul…aku silap dulu dengan bs nie..takpe la..aku banyak belajar sekarang bro…trimas untuk jerung perkasa.
ooo gitu ke sudahnya…pernah tengk iklan blogstaz dalam paper dulu-dulu…
1tomyam´s last blog ..RM1.77 Di Hari Pertama Operasi Innity
Perghh!! aku sbnrnya dah lama tau pasal blogstarz nih.. pernah juga aku wat post yg ada kaitan dengan blogstarz suatu ketika dulu.. hehehe.. tp x de lah direct…
aku mmg x yakin sejak dulu lagi.. pernah juga mendaftar tp x pernah membayar… berkali² diorg email aku kununnya diowg nak dahulukan.. tp aku sonyap jah… hehe…
ttg blogstarz.. first impression pun dah cam sampah.. mmg sesampah²nya… bayar lebih… dpt blog sampah.. sdg kan kita boleh dapat yang lebih baik dengan nilai yg kita bayar tu..
say no to blogstarz!!! hahahaa
Mr.Bintang´s last blog ..Lotus F1 Racing Team, Finally Revealed Their 2010 Challenger Called T127
PeAr Reply:
February 18th, 2010 at 12:51 pm
Yup tul tu…say no to blogstarz..hahaha.Aku tulis direct sebab dulu aku ahli hehe, masa aku join tu sebab aku minat nak menulis,tapi kurang tahu pasal It… bila ada orang approach aku dan nak ajar..aku halalkan saja..tapi aku sedey sebab orang melayu yang buat aku macam nie
Setiap kejadian pasti ada HIKMAHnya. Suatu hari nanti pasti bro akan berterima kasih kerana pernah gagal dalam BS. Hidup Berani Untuk Gagal.
denaihati´s last blog ..KEPUTUSAN Ranking HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
PeAr Reply:
February 18th, 2010 at 12:52 pm
aku kena bangkit kan…sebab kegagalan itu mengajar aku untuk terus cekal dan berani..
Membuat aku rasa lega kerana tak tertipu dgn kempen Blogstarz yg dijalankan secara terbuka di konvensyen perdagangan Melayu & Bumiputra kat PWTC dulu… cara diorg menarik ahli pun tak meyakinkan sebab jumlah pendptn yg kononnya mudah didapati melalui blog mcm exaggerated.
Lagipun, aku dah lama berpegang pd motto keluarga “wang yg diperoleh tanpa mengeluarkan titik peluh adalah wang tidak halal utk kegunaan sendiri”… dan wang yg diperoleh melalui online MLM dan sebagainya bagi aku adalah tidak halal. Mungkin motto ini telah byk membantu aku drpd terjebak dgn penipuan online MLM yg semakin berleluasa (dan juga telah byk menambah otot pd badan aku kerana kuat bekerja di luar hahaha…)
Jo Qusary´s last blog ..Citer Seram Kembali…
PeAr Reply:
February 18th, 2010 at 1:07 pm
tanks bro..aku rasa motto kau tu aku akan guna untuk panduan hidup aku juga. boleh kan hehe
satu sumber maklumat yg sgt bagus utk dijadikan kita supaya pandai ber business.Terutama bz IT yg smakin pesat skrg ini.
Bagi sy tidak semua business yg berbentuk MLM atau alfiliat ini adalah tipu. cth cosway, uptrend, amway, ads4bucks baru-baru ini. company ini mereka ada product dan mereka ada charmen yg kt kenal dan sijil serta lesen perniagaan yg diberikan pd kita serta contract penglibatan kita yg sah dan diiktiraf bg menjamin mutu product dan pelanggan kt serta ahli-ahli supaya selamat dan memberi keuntungan bersama. Juga menyediakan system yg betul. Dapat jual keuntungan sendiri. bukan pihak syarikat. Pihak syarikat hanya meletakkan platform mereka sbg kemudahan pengguna dan pelanggan serta ahli. betul tak.!
worldpure´s last blog ..ASAL HARI VALENTINE
PeAr Reply:
February 18th, 2010 at 1:09 pm
betul 3x…aku amyway pun ada join,tapi tak pernah aktif..harap harap aku lebih peka mengenai bisnez it ke,mlm ke..supaya tak lagi jadi tipah tertipu!
nasib baik aku tak join..member aku pernah ajak dulu..huhu
aizuddin´s last blog ..Nokia 5800 XpressMusic Menjadi Milikku
ha.ha. sokong pear
shooter´s last blog ..Ana Wedding
PeAr Reply:
February 19th, 2010 at 10:41 am
tq syameida…kau pun haluan kiri blogstarz dulu..heheh
dah agak dah

ajami´s last blog ..LU PIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE ~ naratif yang berterabur!
PeAr Reply:
February 19th, 2010 at 10:40 am
ajami…hang punya fans tu dah meningkat..apa kata wat dot.com laks…aku tengok ko punya review filem memang gempak…aku yang belajar filem pun tak leh review macam tu…hehehe
betol tu.. betol tu.. tak smua MLM itu menipu.. cuma kita sendiri perlu beringat la.. selidik dulu betol2 tentang sesuatu bende tu seblom kite terjebak dengannya.. mcm berkawan jugak.. perlu kenal hati budi dulu..
nasib baik aku tak terjebak dengan blogstarz nih.. tp ade gak terjebak dgn MLM.. tp MLM yg diiktiraf oleh syariah laa.. *wink*
Anarm´s last blog ..Comodo Dragon – Internet Browser Terbaru
PeAr Reply:
February 19th, 2010 at 10:38 am
pergh..ada mlm yang diiktiraf syariah ke? hahah…setakat nie yang aku nampak HPA tu bagus…
aku dari awal2 BS ni wujud aku dah nampak penipuan dia orang. Kalau aku nak buat bisnes macam dia orang ni, dah lama aku boleh buat dan jadi kaya. Tapi aku tau halal haram. dan aku tak suka orang kita di perbodohkan mcm tu. sebab tu aku lebih suka tolong orang yg betul2 nak belajar berblog.
psstt.. kawan2 aku yg bukan melayu ada cakap, melayu tipu melayu, cina tipu cina, india tipu india. tak percaya? itu la realiti kehidupan. sekarang ni pon aku dah nampak depan mata cina tipu cina.

mrkay´s last blog ..Phishing gaya professional!
PeAr Reply:
February 19th, 2010 at 10:37 am
agree…realiti kehidupan amat pahit….tapi kena la telan jugak…lumrah dunia…
Dulu ada makcik kat ofis aku ajak aku join BS ni, aku dengan herannya “haaa? makcik ofis aku yg buta IT (hanya guna ms word n excel untuk buat keje) ada blog sendiri? aku naik heran….
X lama lepas tu ada kawan dia, seorang pakcik (upline) dtg ofis aku terangkan marketing plan, dalam hati aku, kalau guna Blogspot, WP free2 jer, kena blogstarz kena smpai beratus…nak self hosted pun x sampai RM 50,
hai dunia2… (aku gelak dalam hati)
PeAr Reply:
February 19th, 2010 at 10:36 am
tula..kadang-kadang aku pun terfikir juga..dalam surat khabar metro tu ada sekali jugak seorang makcik memperoleh pendapatan beribu-beribu melalui blog…tapi blog pun tak dinyatakan…
nk join pun mahal. bek beli domain dot my sndiri. hoho! guna kepakaran yg ade skit utk kaver kos dot my + hosting. MLM nie ssh nk percaya. kna cari kompeni ads dr luar gok best spin tulis mat salleh :p
jangan mudah percaya dengan janji2 manis..diorang suke lompat2 cam katak..tu perkara biasa dalam dunia MLM..bkn ceramic jer..lot of… so careful next time..ko nak buat duit..gune blog ni pun leh wat duit…tu jer..
Roslan Nazri´s last blog ..Perkhidmatan Plus Memang Terbaik!
PeAr Reply:
February 20th, 2010 at 2:07 pm
yup betul tu..dalam blog nie pun leh wat duit…macam aku menang top up aritu dari blog ko kan hehehe
Terima kasih berkongsi pengalaman.
umihoney´s last blog ..Daging Masak Kicap Nasi Kandar(Beef in Soy Sauce Malaysian Indian Muslims Style)
melayu mudah lupa…haih
PutraMalaya´s last blog ..Bila Lelaki Bergosip
dengar cite, blogstarz nak aktif balik. Tengok jela apa yang berlaku lepas ni. Ada mamat kuli blogstarz datang maki maki orang sebab ada yang kutuk karl iskandar tu. siap cakap repot polis lagi. tapi tak leh caya sangat sebab komen anynomous.
shamsuriyadi.com´s last blog ..Scam Alert: Akaun Public Bank Anda Telah Dikunci
PeAr Reply:
April 18th, 2010 at 2:25 pm
report polis pun tak guna bro…takde bukti..
patutlah sy buka x leh ..duit rm70 pun x sempat nk keluarkan..rugi2..melabur dekat rm 700..bawa g shopping lg best
BEKAS EX BS….HAMPEH..TAK SEMPAT NAK CHECK AKAUN …TAU2 DAH TUTUP..PATUT LE NAK LOG IN CAM2 MASELAH JE..SERVER PROBLEM LAH…RUPANYA TGH BERSEDIA UNTUK BUNGKUS..TERINGAT KENGKAWAN LAMA BT ,,MUKHLIS,,LEBUY,…DLL..KAT MANA LE KORANG SEKARANG NI YE?
da lama xdngr berita..salam bro..gua sokong lu
kesian kat bangsa aku, mudah kena tipu..kje sikit malas, nak merungut lebih tp bila dgr skim tu skim ni mula lah nak join..kesian kesian…bila lagi nak sedar…adush…
pasni kita tgk plak yg terbaru, Vemma..tggu jela…hahahaha..bodoh betul!!..”kerja-menjamin masa depan….”
hmm.. dah tak tau apa nak komen, semoga pecah perut karl n konco2 makan duit hasil penipuan