Segalaya sudah tersedia, tapi kreatifkah anda? hari itu aku terbaca artikel Metro,tak ingat hari apa.Kisah Datuk Yusof Haslam yang mengurut dadanya melihat perbelanjaan besar anaknya Shamsul didalam filem sekuel Evolusi KL Drift yang mencecah RM1 juta pada hari pertama penggambaran. Wah..besar tu belanja untuk hari pertama! apabila modal mencecah RM2.4 juta, si bapa masih mampu tersenyum sedangkan kalau filem arahannya dulu, mungkin kalau boleh tidak mahu cecah RM1 juta dan akan cuba cari jalan supaya tidak ‘over bajet’.
Terus terang aku cakap aku tidak minat karya-karya Shamsul ini, bukannya apa, aku cuma tidak suka filem yang tiada identiti. Contohnya filem KL DRIFT. Idea untuk meniru Fast and Furios itu aku fahamlah,sebab aku pun nak tengok cerita lumba kereta versi Malaysia,tapi amat malang bila content of story tak dititikberatkan. maka lalailah filem itu.Bila kita lihat kembali filem Hollywood contohnya Fast and Furios, memanglah filemnya bertemakan “street racing” tetapi isi cerita tersebut untuk membanteras street racing dan rompakan barang barang penyeludupan. Ditambah pula dengan pelbagai karekter yang menarik dimana setiap dari mereka mempunyai fungsi tertentu.
Ah..aku dah melalut menulis pasal fast and furious pulak, berbalik kepada cerita Datuk Yusof Haslam dari artikel Kosmo, aku suka perenggan ini:
Modal menghasilkan filem adalah wang yang dikumpulkan dari titik peluh sendiri sama ada berlakon atau perniagaan seperti Yusof membuka kedai makan. Tapi orang muda seperti Syamsul, segalanya sudah tersedia di depan mata. Peluang pengarah diberikan bapa dengan modal disediakan. Segala permintaan atas alasan demi kualiti dan kelainan produk dihasilkan, bapa sedia turutkan.
Perghh…sayang betul Datuk Yusof kepada anaknya, Kalaulah aku ada bapa macam itu,senang aku nak buat filem. Buat filem melalut pun bapa masih sayang. Aku harapkan,suatu hari Shamsul dapat membikin filem yang lebih berkualiti, dan bukannya berbelanja besar. Dengar-dengar ada lagi beberapa filem sekuel yang ingin dilakukannya. Pendapat aku, buatlah skrip baru yang lebih berkualiti, tak payah sibuk- sibuk nak buat sekuel. Bagi aku sekuel ini untuk filem yang mempunyai kualiti tetapi filem macam tu, elok dibuang dan membuat filem baru yang lebih baik dan bukannya membuat kesilapan yang sama.
P/s Mesti dia cakap “Duit bapak aku! apa ko kesah!”
Popularity: 1% [?]

haha myb datuk yusof percaya kot dgn kebolehan anaknya tu..sbb tu dia sokong n bg je modal
x-po´s last blog ..NAK IKUT KE CAKAP MAK BAPAK?
patut la awek lari,muahahahah
blowie´s last blog ..Remaja dijatuhi hukuman 150 jam khidmat komuniti
hahaha
tahnya
aku tak layan sangat la cte2 dia
busan gile
melalak je lebey
sakit telinga aku
ermm…kebanyakkan filemnya menonjolkan keruntuhan akhlak pemuda pemudi melayu…budak2 sekolah suke la tgk cerita2 mcm tuh…harap die dapat buat kelainan dalam filem2 nya yang akan datang… bosan la tgk muda mudi terpekik, terjerit, terkinja2 dan mcm2 lagi…