Keputusan Festival Filem Malaysia 22

filemgambarphp

Korang penah tengok filem ini? Filem Papadom hasil buatan Afdlin Shauki ini belum lagi ditayangkan,tetapi sudah mampu memikat hati juri dengan kemenangan anugerah perdana Filem Terbaik, hmm kita tunggu sahaja tayangannya nanti. Dengar-dengar akan ditayangkan pada bulan OKTOBER 2009. Tetapi tidak perlu dipertikaikan,jika Afdlin buat movie,memang mampu membuat penonton berfikir dan terhibur.  Festival filem Malaysia22 (FFM22) sudah pun berakhir sebentar tadi dimana ia berlangsung di Dewan Chanselor UMS, Kota Kinabalu dengan dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Vanidah Imran. Tahniah buat RTM yang menganjurkan siaran langsung dari Sabah. Dan tahniah juga buat pemenang pemenang,terutamanya buat allahyarham Yasmin ahmad@Zulkifli Ahmad.

Berikut antara pemenang anugerah FFM22:
Anugerah Perdana

Filem Terbaik

Papadom

Pengarah Terbaik

Yasmin Ahmad (’Talentime’)

Pelakon Lelaki Terbaik

Afdlin Shauki (’Papadom’)

Pelakon Wanita Terbaik

Liyana Jasmay (’Papadom’)

Lakon Layar Terbaik

Yasmin Ahmad (’Talentime’)

Cerita Asal Terbaik

Afdlin Shauki (’Papadom’)

Sinematografi Terbaik

Mohd Nor Kassim (’Setem’)

Filem Komedi Terbaik

Los dan Faun

Anugerah Cipta

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Mohd Shafie Naswip (’Talentime’)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Salina Saibi (’Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

Mohd Hadziq (’Syurga Cinta’)

Pelakon Harapan Lelaki

Zahiril Adzim (’KAMI The Movie’)

Pelakon Harapan Wanita

Jaclyn Victor (Talentime)

Pengarah Harapan

James Lee (’Histeria’)

Anugerah Khas Juri: Filem Box Office

Geng: Pengembaraan Bermula

Sinopsis Filem PapaDom:

Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 4% [?]

11 Responses to “Keputusan Festival Filem Malaysia 22”

  1. zamdotcom says:

    afdlin byk juga merangkul hadiah..hehe..tak main panggung lg tp dh byk anugerah dpt ^^

    p/s: peminat afdin

  2. JohnJimat says:

    mcm bes je cerita ni?

  3. Shazat says:

    papadom dah main kerrr….kih kih..tak ikut perkembangan film melayu
    Shazat´s last blog ..The Fisherman Story My ComLuv Profile

  4. Shazat says:

    belum tayang…huhu salah baca sorry PEAR…Mamak…saya punya pappadom mana…cit…patutlah salah baca..jangan kacau arrr mamak..Tabik Incik PeAr.

    PeAr Reply:

    hahha takpe…

  5. AzwanAnuar says:

    apsal tajuk papadom?
    ada kaitan dengan papadom ke atau hidup ini ibarat serapuh papadom

    pengarah yang ada titile prof tak pernah menang apa2 kan, afdlin tak ada title prof pun

    PeAr Reply:

    yup agree..nak mengarah tak semestinya kene ada title atau sejauh mana belajar filem…yang penting dia nak wat kene ada jiwa..

  6. teh says:

    wargh!!

    takske liyana jasmay!!
    huhuhu
    teh´s last blog ..Nak iPhone 3GS?? Semuanya bermula di hujung jari anda! My ComLuv Profile

    PeAr Reply:

    comel apa bila dia gedik hehehe

  7. naz says:

    citer papadom, tk tengok lagi.best sgt ke.

    PeAr Reply:

    maybe best..sebab rata rata respon kawan aku yang pg ffm22 kata best..

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.