Din Beramboi Kritikal

http://mstar.com.my/archives/2009/9/10/mstar_hiburan/Din01.jpgBerita (sms) dari Afdlin Shauki: Din Beramboi was infected by rats pee when he shot a pet show at the zoo.He is in an induced coma,his internal organ functions have shut down,he is bleeding internally,doctor gives him 24-48 hrs.Pray for Din.

“Abg Din perlukan darah jenis ‘O’ dalam tempoh 24 jam. Sesiapa yang ada boleh terus ke hospital Selayang.. Plz help..” ~ Afdlin Shauki ~

KUALA LUMPUR, 30 MAC 2010: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi disahkan berada di wad hospital kerana dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, sakit yang dihidapi penyampai radio ERA FM ini masih belum dikenal pasti memandangkan beliau masih dalam kawalan doktor.

Mengesahkan keadaan sebenar Din Beramboi, Pengurus ERA FM, Nazri Noran berkata setakat ini pihak mereka masih belum mengetahui punca sakit itu secara teknikal.

“Semalam saya pergi melawatnya. Memang benar, Din dalam keadaan lemah dan tidak sihat. Sehingga kini, Din masih dalam kawalan ketat doktor.

“Bagi menjawab apa sakitnya, terus-terang, saya sendiri masih belum pasti apa sakitnya. Doktor sedang memeriksa sakitnya dengan lebih terinci. Doktor sendiri tidak tahu apa sakit yang dialaminya. Insya-Allah, kami akan update keadaan Din beramboi dari masa ke masa,” ujar Nazri.

Meneruskan bicara, Nazri menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama Din Beramboi dalam keadaan kecemasan yang mana sebelum ini pengacara program Mandi di Astro Warna tidak pernah sekali pun mengambil cuti sakit dan sanggup hadir ke konti walaupun dalam keadaan sakit.

“Ketika bersiaran bersama Aznil pagi Rabu lalu (24 Mac 2010), Din ada mengadu kepada saya bahawa badannya terasa sakit. Kemudian, keesokannya harinya (Khamis), Din memberitahu saya dengan menghantar SMS mengatakan dia tidak boleh tidur dan demam.

“Din turut mengadu badannya tidak larat memandangkan isterinya juga demam. Akibat keadaannya yang makin serius, pagi semalam (31 Mac 2010) Din terus pergi ke hospital dan terus ditahan dalam wad.

“Sekarang, kami cuma berharap dan doakan agar Din cepat sembuh. Insya-Allah, kami akan cuba membantu keluarganya setakat yang kami mampu. Diharap semua peminat Din turut sama mendoakan yang terbaik buat dirinya,” jelasnya.

Sementara itu, murai.com.my difahamkan doktor terpaksa menidurkan Din akibat keadaan beliau yang sudah 3 malam tidak dapat melelapkan mata. Oleh itu, pihak keluarga Din tidak membenarkan sesiapun melawatnya memandangkan dia sedang dikawal rapi oleh doktor dan perlukan rehat yang secukupnya.

Sumber Murai.com,Afdlin Shauki

P/S : Sila bagi tahu dengan rakan rakan anda….

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 16% [?]

2 Responses to “Din Beramboi Kritikal”

  1. x-po says:

    tikus ni ngada2 btl gi kencing dlm mknn

    PeAr Reply:

    nampak bahaya kencing tikus nie..better kita ambil iktibar

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

You can add images to your comment by clicking here.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD