Aku hari ini ingin menerangkan serba sedikit mengenai penyuntingan. Aku rasa semua tahu apa itu penyuntingan, kalau tak berapa pasti, penyuntingan ini kerja dia memotong visual visual untuk dijadikan satu sequence atau babak. Definasi penyuntingan adalah satu kerja kreatif dimana proses menyusun,memotong dan mencantumkan untuk dijadikan satu storyline. Kerja-kerja penyuntingan ini biasanya memerlukan mata yang tajam,knowledge of editing yang baik dan yang paling penting korang kene ada “soul”. Soul yang macam mana? hmmm, maksud aku apabila sesuatu task diberikan, sebagai contoh scene sedih, seorang penyunting harus tahu macam mana nak main dengan emotion,pergerakan editing dan music agar penonton dapat feel sehingga dapat membuatkan korang nangis teresak esak depan tv.
Ingat senang nak kahwin? itulah jawapan standard dari mak aku dalam apa apa aku buat, Masa aku baru nak beli keta dulu, mak aku cakap..Ingat senang nak beli keta? huhuhu..tapi biasa la… ia sebagai peringatan, kali ini aku mengeluh lagi dengan mak aku pasal prosedur prosedur kahwin yang memenatkan. Malaysia ini nak kahwin susah ke? Susah gak la, mana taknya, kahwin nie kene ikut daerah masing masing laks. Yang aku pelik, setiap daerah ada cara masing masing, Ades.. selaraskan senang, asal la nak menyusahkan orang nak mendirikan masjid Taj Mahal.
Hari ini aku menjalani Ujian Hiv dengan tunang aku, dimana ia wajib bagi pasangan yang nak kahwin,(Dah tau wajib tukar la rukun nikah hahah tambah lagi 2, satu sijil kursus kahwin, satu lagi pengesahan HIV boleh lak cam tu? haha) Nak dijadikan story molly, aku nie orang Wilayah, so pergi Jabatan agama Islam Wilayah amik borang kahwin beserta dengan borang HIV. Dah penat isi borang sambil mengigil ( Aku tak leh tgk darah huhu) aku bagi kat nurse tu. “Borang ini tak leh pakai dik” kata nurse tu dengan muka cam hampeh,muka aku ada misai panggil adik, apa kes? dah la nurse tu muda lagi, pastu aku tanya “Asal lak? ini kan borang HIV NAMPAK TAK !TAK KAN BORANG DERMA DARAH LAKS!” cakap dalam hati je hehe,Sebenarnya aku tanya dengan sopan,”Ïsi borang ini,borang ini lain” (wey kalau borang ini lain asal Jabatan agama islam wilayah bagi aku borang ini, pelik aku) pastu aku tanya lagi, boleh tak tunang aku amik sekali ujian HIV ini,sekali ,sebab JAIP Penang cakap nak amik ujian HIV kat K.L boleh. Tapi nurse tu tak bagi,suruh dia amik kat Penang, pergh jauh siut. nasib baik alamat tunang aku duk kat Sg Buloh,so kene la pg area jabatan kesihatan kat Sungai Buloh tu. Tapi yang peliknya, apa bezanya daerah-daerah ini? Aku check kedua dua borang dia sama je,cuma tempat amik ujian je berbeza. Kenapalah nak menyusahkan hidup orang. Manusia ini, nak buat rulez,tapi janganlah sampai menyusahkan.
Adakah ko rasa teringin nak jadi famous blogger? Ini ada cara bijak untuk korang nak jadi the next big thing,famous,anggun kacak bergaya seperti M.Daud Kilau.Dari korang menulis kosong, pergi la join contest yang dianjurkan oleh MTV ini. MTV sekarang ini sedang menganjurkan contest dipanggil MTV blogger, dimana MTV sedang mencari blogger2 yang berbakat dan mempunyai kebolehan menulis(tak kisah sangat janji boleh eja) dan mampu menyuarakan sesuatu di samping memberikan idea, cetusan minda dari perut bumi mengenai dunia hiburan,gadget,fashion dan etc.
Mula mula macam malas nak berblog,tapi bila melihat posting aku yang latest,aku rasa first impression untuk orang masuk ke blog aku akan terseksa jiwa raga apabila membaca posting aku semalam. Aku tak nak la orang masuk sini dalam keadaan sedih.jadi aku mulakan sesuatu yang baru, buat kata aiskrim cornetto, Hidup biar sedap!.Hohoho, tetapi memandangkan idea aku pun memang belum berkembang lagi. Aku nak buat posting yang light sikit, mengenai filem terbaru yang akan menemui anda di panggung/pawagam/cinema pada Ogos 2009.
Minggu yang amat down bagi aku, bila bapa tunang aku meninggal dunia pada ahad lalu, ketika aku baru nak merasa ada bapa mertua, dia pergi meninggalkan kami…hmm inilah lumrah kehidupan. Bila ajal sudah tiba, sesaat pun tidak akan dicepatkan mahupun dilengahkan dengan kuasanya. Ingat tak posting aku dulu pasal tanggungjawap?, makin besarlah tanggungjawap aku sekarang ini untuk menjaganya.Dia kehilangan kedua-dua orang tuanya. aku pula kehilangan bapaku dan hanya tinggal ibuku. Kedua dua bapa kami meninggalkan kami tahun ini, Agak sukar menerima pada mulanya,tapi aku harus tabah kerana aku perlu kuat dari tunang aku untuk menempuhnya. Tika ini, dia memerlukan aku, aku perlu menjaganya dengan sempurna, Hanya aku sahaja menjadi pemangkin semangat untuk dirinya meneruskan kehidupan. Disaat kami merancang untuk berkahwin akhir tahun ini, banyak pula kami perlu fikirkan. Dugaan dari tuhan..aku terima dengan tabah…
Comment Terbaru